Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PIK menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Klebang merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri Melaka, Malaysia. Ia terletak berhampiran Tanjung Kling. Klebang dibahagikan kepada dua bahagian, Klebang Besar dan Klebang Kecil.

Klebang merupakan bahagian Melaka Tengah yang kedudukan di tengah antara Bandar Melaka dan juga Sungai Udang. Klebang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, Klebang Besar dan juga Klebang Kecil. Klebang Besar merupakan kawasan klebang yang mempunyai Pantai Klebang, mengunjur sehingga ke kawasan Balik Buloh, Klebang Kecil pula bermula dari kawasan Pokok Mangga sehingga ke Masjid Klebang Besar.

Klebang besar mempunyai beberapa kawasan kampung antaranya Pulau Gadong, Kampung Permatang, Balik Buloh yang menganjur sehingga ke arah Bertam Perdana, Cheng. Jalan Pulau Gadong merupakan laluan utama kenderaan dari sungai Udang untuk ke Bandarraya Melaka melalui Lebuh AMJ (Alorgajah- Melaka- Jasin).

Di kawasan Pantai Klebang, kerajaan Negeri telah pun menambak kawasan pantai tersebut untuk dijadikan kawasan rekreasi untuk penduduk melaka, kawasan tambak ini mengunjur sehingga ke pantai Kundor, Tanjung Kling (dikenali juga sebagai Pantai Puteri).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM SULAM: KLIK DENGAN BIJAK DI SMK TUN HAJI ABDUL MALEK MELAKA

Aktiviti Terkini | 7 Disember 2022

Penerangan tentang program advokasi Klik Dengan Bijak.......baca selanjutnya

PENERIMAAN SIJIL DAN PERBINCANGAN PROGRAM DI SEKOLAH KEBANGSAAN LEREH MELAKA

Aktiviti Terkini | 9 November 2022

Penyerahan sijil dan plaque penghargaan kepada petugas PEDi yang menjadi penceramah dalam program taklimat pada bulan lepas.......baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KERANA DIRIKU AMAT BERHARGA (PENGANTUNAN SEKSUAL) DI SEKOLAH KEBANGSAAN LEREH MELAKA

Aktiviti Terkini | 18 Oktober 2022

Penerangan tentang pengantunan dalam talian dan pengantunan seksual....baca selanjutnya

PROGRAM BIMBINGAN KEMAHIRAN ASAS DALAM PENDIDIKAN DIGITAL DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN METHODIST (ACS) MELAKA

Aktiviti Terkini | 23 September 2022

Perkongsian maklumat tentang Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) berserta perkhidmatan yang ditawarkan....baca selanjutnya

PROGRAM BIMBINGAN KEMAHIRAN ASAS DALAM PENDIDIKAN DIGITAL DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MALIM MELAKA

Aktiviti Terkini | 26 Julai 2022

Perkongsian maklumat tentang Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) berserta perkhidmatan yang ditawarkan.....baca selanjutnya

MESYUARAT DI ANTARA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) MELAKA TENGAH BERSAMA PEDi KLUSTER MELAKA TENGAH

Aktiviti Terkini | 7 Jun 2022

Perbincangan tentang pelaksanaan program kolaborasi PEDi Kluster Melaka Tengah bersama beberapa buah sekolah .....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PEDI KLUSTER MELAKA TENGAH

Aktiviti Terkini | 14 Mei 2022

Jamuan Hari Raya Aidilfitri PEDi Kluster Melaka Tengah.....baca selanjutnya

MAJLIS IFTAR BERSAMA MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA, YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA TPR HAJI ANUAR BIN HAJI MUSA

Aktiviti Terkini | 17 April 2022

Majlis Iftar Menteri Komunikasi dan Multimedia bersama komuniti Keluarga Malaysia.....baca selanjutnya

DOS PENGGALAK (BOOSTER DOSE)

Aktiviti Terkini | 8 Mac 2022

Penerangan tentang apa itu dos penggalak dan kepentingan pengambilannya.....baca selanjutnya

AKTIVITI MENARIK DI PANTAI KLEBANG MELAKA

Aktiviti Terkini | 5 Mac 2022

Pengenalan tentang keunikan dan tarikan di Pantai Klebang yang sering menjadi tumpuan orang ramai.....baca selanjutnya

KESELAMATAN JALAN RAYA: 10 TIPS YANG PERLU DIAMALKAN

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2022

Perkongsian tentang aspek keselamatan jalan raya yang perlu dititikberatkan.....baca selanjutnya

TIPS USAHAWAN BERJAYA

Aktiviti Terkini | 15 Februari 2022

Penerangan tentang definisi dan peranan usahawan menurut perspektif tokoh terkenal.....baca selanjutnya

FENOMENA BANJIR

Aktiviti Terkini | 9 JANUARI 2022

Perkongsian tentang faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya banjir.....baca selanjutnya

10 TIPS MERANCANG TAHUN 2022 AGAR HIDUP LEBIH POSITIF

Aktiviti Terkini | 8 JANUARI 2022

Perkongsian tentang kepentingan menanam azam dan mencipta matlamat di tahun baru.....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti