DOS PENGGALAK (BOOSTER DOSE)

Aktiviti terkini | 8 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar

Ringkasan Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar telah menganjurkan sebuah program siaran langsung bertajuk ‘Dos Penggalak (Booster Dose)’ yang berdurasi selama 1 jam. Program ini adalah kerjasama bersama di antara Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Terendak Permai. Salah satu inisiatif program ini diadakan adalah untuk berkongsi maklumat kepada masyarakat agar mereka lebih yakin menerima suntikan dos penggalak Covid-19 tatkala negara berdepan gelombang jangkitan varian Omicron. Hal ini kerana, terdapat banyak maklumat tidak tepat mengenai kesan pengambilan dos penggalak sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat. Justeru, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia bertindak sebagai ejen penyampai maklumat bagi menerangkan tentang kepentingan pengambilan dos penggalak khususnya kepada golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan Covid-19.

Tujuan :
• Penerangan tentang apa itu dos penggalak dan kepentingan pengambilannya
• Perkongsian tentang golongan yang diberi keutamaan untuk mendapatkan suntikan dos penggalak
• Perkongsian berkaitan kaedah pendaftaran walk-in bagi individu yang layak dos penggalak atau yang belum menerima vaksin
• Program kolaborasi di antara Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Terendak Permai

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Moderator memperkenalkan diri selaku penolong pengurus di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia
• Moderator memulakan sesi perkongsian dengan menerangkan tentang pengertian dos penggalak sebagai dos tambahan yang diberikan kepada individu yang telah lengkap menerima vaksin Covid-19
• Moderator meneruskan penerangan berkaitan golongan yang diberi keutamaan untuk mendapatkan suntikan dos penggalak iaitu petugas barisan hadapan (Frontliners), individu berumur 60 tahun ke atas dan individu dengan komorbid (semua peringkat umur)
• Moderator menghuraikan dengan lebih mendalam berkaitan pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 secara homologous (vaksin jenis yang sama) atau heterologous (vaksin jenis yang berlainan)
• Moderator membuka ruang untuk sebarang soalan mahupun komen dari para penonton
• Moderator menutup sesi perkongsian dengan menyarankan kepada orang ramai untuk mengambil dos penggalak bagi memastikan perlindungan yang optimum terhadap jangkitan Covid-19 terutamanya gejala teruk dan kematian

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi maklumat mengenai dos penggalak vaksin Covid-19
• Mengupas dengan lebih lanjut berkaitan kepentingan pengambilan dos penggalak
• Memberi pendedahan tentang golongan yang diberi keutamaan untuk mendapatkan suntikan dos penggalak
• Menggalakkan orang ramai untuk mengambil dos penggalak bagi memastikan perlindungan yang optimum terhadap jangkitan Covid-19

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :