AKTIVITI MENARIK DI PANTAI KLEBANG MELAKA

Aktiviti terkini | 5 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
Pantai Klebang Melaka

Ringkasan Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar telah menganjurkan sebuah program siaran langsung bertajuk ‘Aktiviti Menarik di Pantai Klebang Melaka’. Program yang berdurasi hampir 30 minit ini telah dirakam secara langsung dari Pantai Klebang menerusi Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar. Salah satu inisiatif program ini diadakan adalah untuk mempromosi dan memperkenal keunikan yang terdapat di Pantai Klebang kepada orang ramai. Tambahan pula, sektor pelancongan terutamanya pelancongan kawasan pantai bukan sahaja dapat menarik kedatangan pelancong, bahkan secara tidak langsung dapat membantu pendapatan isi keluarga setempat melalui pelbagai bentuk kegiatan ekonomi seperti perniagaan dan lain-lain. Justeru, tidak dapat dinafikan sektor pelancongan juga merupakan salah satu sektor utama dan penting dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Tujuan :
• Pengenalan tentang keunikan dan tarikan di Pantai Klebang yang sering menjadi tumpuan orang ramai
• Penerangan tentang lokasi Pantai Klebang yang terletak berhampiran Batu Berendam Melaka
• Perkongsian tentang pelbagai aktiviti menarik yang terdapat di Pantai Klebang
• Perkongsian tentang pelbagai gerai jualan dan food truck yang dibuka di tepi Pantai Klebang

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Moderator memperkenalkan diri selaku pengurus cawangan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar
• Moderator memulakan sesi perkongsian dengan menerangkan tentang lokasi Pantai Klebang yang terletak berhampiran Batu Berendam dan menghadap Selat Melaka
• Moderator berkongsi maklumat berkaitan keunikan dan tarikan Pantai Klebang yang saban hari sering menjadi tumpuan para pengunjung
• Moderator meneruskan perkongsian tentang beberapa aktiviti menarik yang terdapat di Pantai Klebang. Antaranya seperti menunggang ATV, menunggang kuda padi, menaiki kereta kuda, menyewa kereta elektrik untuk kanak-kanak, bermain layang-layang, melawat taman arnab, bermain buih sabun, membina istana pasir, berkhemah, berkelah, menyewa sofa angin serta menikmati pelbagai jenis jualan yang dijual di gerai dan food truck berhampiran kawasan pantai.
• Moderator membuka ruang untuk sebarang soalan mahupun komen dari para penonton
• Moderator menutup sesi perkongsian dengan menggalakkan orang ramai untuk berkunjung ke Pantai Klebang

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pengetahuan berkaitan latar belakang dan keunikan Pantai Klebang
• Memberi pendedahan tentang aktiviti menarik yang terdapat di Pantai Klebang
• Menggalakkan orang ramai datang berkunjung ke Pantai Klebang
• Membantu mempromosi perniagaan penduduk setempat seperti jualan di gerai dan food truck berdekatan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :