KESELAMATAN JALAN RAYA: 10 TIPS YANG PERLU DIAMALKAN

Aktiviti terkini | 19 Februari 2022

Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar

Ringkasan Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar telah menganjurkan sebuah program siaran langsung bertajuk ‘Keselamatan Jalan Raya: 10 Tips Yang Perlu Diamalkan’ yang berdurasi selama 1 jam. Salah satu inisiatif program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan berkaitan kepentingan keselamatan jalan raya yang perlu diambil perhatian bagi mengelakkan daripada berlakunya kemalangan. Saban hari, kita acap kali tersentak dengan berita membabitkan kes-kes kemalangan jalan raya sehingga ada yang meragut hingga sejumlah nyawa. Apatah lagi, Malaysia adalah antara negara yang mencatatkan indeks kematian akibat kemalangan jalan raya tertinggi di dunia. Justeru, jika kemalangan jalan raya dapat diatasi dan dikurangkan kadarnya, tidak mustahil untuk imej negara menjadi sanjungan di mata dunia kerana kemampuan rakyat mematuhi peraturan dan berhemah tinggi apabila menggunakan jalan raya.

Tujuan :
• Perkongsian tentang aspek keselamatan jalan raya yang perlu dititikberatkan
• Perkongsian tentang salah laku jalan raya yang berpunca dari sikap pengguna
• Penerangan berkaitan10 tips keselamatan jalan raya yang perlu diamalkan
• Perkongsian tentang amalan pemanduan defensif yang merupakan aspek terpenting sebagai pengguna jalan raya

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Moderator memperkenalkan diri selaku pengurus cawangan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Klebang Besar
• Moderator memulakan sesi perkongsian dengan menerangkan tentang aspek keselamatan jalan raya serta salah laku jalan raya yang dapat mengancam keselamatan pengguna jalan raya
• Moderator berkongsi maklumat tentang indeks kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia yang mencatatkan antara tertinggi di dunia
• Moderator meneruskan penerangan berkaitan 10 tips keselamatan jalan raya yang perlu diamalkan
• Moderator membuka ruang untuk sebarang soalan yang ingin dikemukakan dan membaca komen dari para penonton
• Moderator menutup sesi perkongsian dengan harapan semoga sikap pemanduan yang defensif dan berhemah dapat diamalkan sebagai langkah awal bagi membendung daripada berlakunya kemalangan jalan raya

Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang aspek keselamatan jalan raya
• Memberi pendedahan tentang salah laku jalan raya yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan
• Memupuk sikap positif dan bertanggungjawab sebagai pengguna jalan raya
• Memupuk kesedaran tentang keselamatan di jalan raya dan langkah awal yang perlu dititikberatkan

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :