Mengenai PEDi

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PEDi yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PIK menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PEDi, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PEDi



Sejarah

Klebang merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri Melaka, Malaysia. Ia terletak berhampiran Tanjung Kling. Klebang dibahagikan kepada dua bahagian, Klebang Besar dan Klebang Kecil.

Klebang merupakan bahagian Melaka Tengah yang kedudukan di tengah antara Bandar Melaka dan juga Sungai Udang. Klebang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, Klebang Besar dan juga Klebang Kecil. Klebang Besar merupakan kawasan klebang yang mempunyai Pantai Klebang, mengunjur sehingga ke kawasan Balik Buloh, Klebang Kecil pula bermula dari kawasan Pokok Mangga sehingga ke Masjid Klebang Besar.

Klebang besar mempunyai beberapa kawasan kampung antaranya Pulau Gadong, Kampung Permatang, Balik Buloh yang menganjur sehingga ke arah Bertam Perdana, Cheng. Jalan Pulau Gadong merupakan laluan utama kenderaan dari sungai Udang untuk ke Bandarraya Melaka melalui Lebuh AMJ (Alorgajah- Melaka- Jasin).

Di kawasan Pantai Klebang, kerajaan Negeri telah pun menambak kawasan pantai tersebut untuk dijadikan kawasan rekreasi untuk penduduk melaka, kawasan tambak ini mengunjur sehingga ke pantai Kundor, Tanjung Kling (dikenali juga sebagai Pantai Puteri).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KELAS STEM/IOT – LATIHAN MICROBIT

Aktiviti Terkini | 24 Disember 2023

Pada 24 Disember 2023 bersamaan hari Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar dan PEDi Taman Tangga Batu Perdana telah mengadakan kolaborasi bersama iaitu kelas Latihan Microbit...baca selanjutnya

KELAS ICT – ENJIN CARIAN / SEARCH ENGINE

Aktiviti Terkini | 26 November 2023

Pada 26 November 2023, pihak PEDi telah mengadakan kelas ICT dengan membawa tajuk Enjin Carian atau Search Engine...baca selanjutnya

PROGRAM TAKLIMAT DIGITALISE YOUR BUSINESS

Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2023

Pada 19 Oktober 2023, hari Khamis, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar hasil Kerjasama dengan pihak TM Melaka telah menganjurkan Program ‘Digitalise Your Business’ bersama UnifiBusiness TM...baca selanjutnya

PROGRAM KELAS SHOPEE SELLER DAN TIKTOK SHOP

Aktiviti Terkini | 14 September 2023

Pada 14 September 2023 bersamaan hari Khamis, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar kolaborasi bersama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Batang Melaka telah menganjurkan Program Kelas Shopee Seller dan Tiktok Shop...baca selanjutnya

PROGRAM RIANG RIA MERDEKA: PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 5 Ogos 2023

Pertandingan mewarna sempena sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-66 tahun.......baca selanjutnya

KELAS BIMBINGAN MENAIP SURAT RASMI MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD

Aktiviti Terkini | 7 Julai 2023

Memberi tunjuk ajar tentang teknik menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word.......baca selanjutnya

PROGRAM SEMPENA MUSIM CUTI SEKOLAH: CARA MENGHASILKAN VIDEO MENGGUNAKAN MICROSOFT POWERPOINT

Aktiviti Terkini | 4 Jun 2023

Memberi tunjuk ajar tentang teknik menghasilkan video menggunakan Microsoft PowerPoint.......baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PEDi KLUSTER MELAKA TENGAH

Aktiviti Terkini | 14 Mei 2023

Jamuan Hari Raya Aidilfitri bagi PEDi kluster Melaka Tengah.......baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA SAMPUL RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 9 April 2023

Pertandingan Mewarna Sampul Raya Aidilfitri.......baca selanjutnya

PROGRAM KUIZ ONLINE IHYA’ RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 10 Mac 2023

Program taklimat berkaitan ibadah puasa di bulan Ramadhan.......baca selanjutnya

PROGRAM EDARAN SIMKAD PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA DI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM)

Aktiviti Terkini | 18 Januari 2023

Program edaran simkad percuma melalui Pakej Remaja Keluarga Malaysia kepada para pelajar UTEM.......baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti