Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Klebang merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri Melaka, Malaysia. Ia terletak berhampiran Tanjung Kling. Klebang dibahagikan kepada dua bahagian, Klebang Besar dan Klebang Kecil.

Klebang merupakan bahagian Melaka Tengah yang kedudukan di tengah antara Bandar Melaka dan juga Sungai Udang. Klebang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, Klebang Besar dan juga Klebang Kecil. Klebang Besar merupakan kawasan klebang yang mempunyai Pantai Klebang, mengunjur sehingga ke kawasan Balik Buloh, Klebang Kecil pula bermula dari kawasan Pokok Mangga sehingga ke Masjid Klebang Besar.

Klebang besar mempunyai beberapa kawasan kampung antaranya Pulau Gadong, Kampung Permatang, Balik Buloh yang menganjur sehingga ke arah Bertam Perdana, Cheng. Jalan Pulau Gadong merupakan laluan utama kenderaan dari sungai Udang untuk ke Bandarraya Melaka melalui Lebuh AMJ (Alorgajah- Melaka- Jasin).

Di kawasan Pantai Klebang, kerajaan Negeri telah pun menambak kawasan pantai tersebut untuk dijadikan kawasan rekreasi untuk penduduk melaka, kawasan tambak ini mengunjur sehingga ke pantai Kundor, Tanjung Kling (dikenali juga sebagai Pantai Puteri).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


Digi Academy: Digital Literacy Programme’

Berita Terkini | Sepanjang Pertengahan Tahun

Merupakan kerjasama antara Digi Telecommunications Sdn Bhd dengan Arus Academy dalam memperkenalkan program yang dapat menyediakan pelajar sekolah menengah dalam pembelajaran mereka-bentuk (‘designing’), latihan asas pengekodan, sensor dan memupuk pendidikan awal keusahawanan.... baca selanjutnya

Pengajian Bagaimana Menguruskan Jenazah

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2018

Untuk mengajar kemahiran menguruskan jenazah dan memberikan kesedaran mengenai pengurusan jenazah serta mengendalikan aktiviti mengurus jenazah... baca selanjutnya

Digi Academy – Design Thinking

Aktiviti Terkini | 16 November 2018

Dapat menjalinkan kerjasama antara PI dan penduduk setempat, memperkenalkan apa itu Digi Academy kepada para peserta yang terlibat... baca selanjutnya

Program Digi Academy (Arduino) Bersama PIM Terendak Permai

Aktiviti Terkini | 5 - 22 Oktober 2018

Majlis bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 Tengahari. Kemudian, di sambung pada jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang. Peserta yang terpilih telah hadir mengikut program yang dirancangkan. Peserta adalah di kalangan pelajar sekolah menengah. Program ini berkaitan dengan teknologi arduino dan di bawah program Digi Academy... baca selanjutnya

Program Digi Academy (Arduino) Bersama PIM Terendak Permai

Aktiviti Terkini | 15 - 30 September 2018

Selain daripada porgram Digi Academy, ianya juga dapat empromosi Pusat Internet dan memberi penerangan Klik Dengan Bijak... baca selanjutnya

Program Advokasi & E-Rezeki di MICOST bersama PI Taman Terendak Permai

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2018

Dapat mengeratkan hubungan antara PI dengan komuniti setempat melalui program Erezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak & Kursus Keusahawanan(E-Rezeki)-Menjana Pendapatan Secara Digital

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2018

Dapat mengeratkan hubungan antara pi1m dengan komuniti setempat melalui program Erezeki, peserta akan dilatih, peroleh kelayakan dan dipadankan kepada tugasan yang bersesuaian... baca selanjutnya

Jamuan Hari Raya & KDB

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2018

Majlis bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 petang. Para belia komuniti mula hadir pada pukul 10.00 dan dimulakan dengan penyampaian Klik Dengan Bijak... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pusat Internet Klebang Besar bersama Pusat Internet Taman Terendak Permai

Aktiviti Terkini | 5 Mei 2018

Hari Terbuka di PI1M Klebang Besar gabungan bersama PI1M Terendak dan bersama dengan komuniti tempatan bagi menjayakan Hari Terbuka ini. Diadakan juga aktiviti-aktiviti menarik untuk semua golongan komuniti seperti sukaneka, Klik Dengan Bijak, Cabutan Bertuah dan aktiviti dari pihak Digi... baca selanjutnya

Kursus Non-Verbal Communications

Aktiviti Terkini | 18 April 2018

Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 2.30 petang. Para penghulu dan penggawa mendaftarkan diri sebagai peserta pada jam 8.30 pagi. Kemudian, aktiviti bersama pegawai SKMM dimulakan pada pukul 9.00 pagi... baca selanjutnya

Crossword Puzzle

Aktiviti Terkini | 12 Mac 2018

Aktiviti ini bertujuan adalah untuk merapatkan hubungan antara pihak pengurusan dengan ahli & bukan ahli... baca selanjutnya

Wormate Puzzle Competition

Aktiviti Terkini | 2 Februari 2018

Wormate puzzle yang di aturkan melalui online games untuk menguji daya kepekaan dan kepantasan peserta. Mereka perlu pertahankan nyawa Wormate dan mata permarkahan... baca selanjutnya

Pop Kuiz KAHOOT !

Aktiviti Terkini | 28 Januari 2018

Dapat merapatkan hubungan pihak pengurusan PI1M dengan komuniti tempatan, menarik ahli baru PI1M dan menggalakkan para belia komuniti melibatkan diri dalam program yang diadakan di PI1M klebang besar... baca selanjutnya