Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Klebang merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri Melaka, Malaysia. Ia terletak berhampiran Tanjung Kling. Klebang dibahagikan kepada dua bahagian, Klebang Besar dan Klebang Kecil.

Klebang merupakan bahagian Melaka Tengah yang kedudukan di tengah antara Bandar Melaka dan juga Sungai Udang. Klebang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, Klebang Besar dan juga Klebang Kecil. Klebang Besar merupakan kawasan klebang yang mempunyai Pantai Klebang, mengunjur sehingga ke kawasan Balik Buloh, Klebang Kecil pula bermula dari kawasan Pokok Mangga sehingga ke Masjid Klebang Besar.

Klebang besar mempunyai beberapa kawasan kampung antaranya Pulau Gadong, Kampung Permatang, Balik Buloh yang menganjur sehingga ke arah Bertam Perdana, Cheng. Jalan Pulau Gadong merupakan laluan utama kenderaan dari sungai Udang untuk ke Bandarraya Melaka melalui Lebuh AMJ (Alorgajah- Melaka- Jasin).

Di kawasan Pantai Klebang, kerajaan Negeri telah pun menambak kawasan pantai tersebut untuk dijadikan kawasan rekreasi untuk penduduk melaka, kawasan tambak ini mengunjur sehingga ke pantai Kundor, Tanjung Kling (dikenali juga sebagai Pantai Puteri).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM KARNIVAL WANITA SEJAHTERA

Aktiviti Terkini | 14 Disember 2019

Memberi kesedaran kepada ibu, bapa, penjaga, serta masyarakat tentang pentingnya untuk menjaga keselamatan kanak-kanak...baca selanjutnya

LAWATAN KETUA MENTERI KE PENGKALAN RENGGAM, MELAKA

Aktiviti Terkini | 28 November 2019

Menyebar luas maklumat berkaitan keselamatan kanak-kanak khususnya pelajar sekolah rendah...baca selanjutnya

FACEBOOK ADVERTISEMENT

Aktiviti Terkini | 16 November 2019

Membantu para pelajar memasarkan produk di facebook advertisement...baca selanjutnya

PAMERAN KARNIVAL KERJAYA

Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2019

Memberi kesedaran kepada ibu, bapa, penjaga, guru-guru serta masyarakat tentang pentingnya untuk menjaga keselamatan kanak-kanak...baca selanjutnya

PROGRAM YB DAMIAN BABA YEO BERSAMA RAKYAT DAN AGENSI-AGENSI KERAJAAN

Aktiviti Terkini |28 Sepember 2019

Menyebar luas maklumat berkaitan keselamatan kanak-kanak khususnya pelajar sekolah rendah...baca selanjutnya

TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 21 Sepember 2019

Menyebar luas maklumat berkaitan keselamatan kanak-kanak khususnya pelajar sekolah rendah...baca selanjutnya

PROGRAM MERDEKA@KOMUNITI #INIRUMAHKITA

Aktiviti Terkini | 13-15 September 2019

Menyebar luas maklumat berkaitan keselamatan kanak-kanak khususnya pelajar sekolah rendah...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK PI KLEBANG BESAR

Aktiviti Terkini | 27 Julai 2019

Menarik Ahli Baru PI danmempromosikan Pusat Internet kepada warga tempatan...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DAN E-REZEKI DI UNIKL, ALOR GAJAH

Aktiviti Terkini | 27 Jun 2019

Pengenalan mengenai program E-Rezeki dan klik dengan bijak. Cara-cara mencari pendapatan sampingan dan mengatasi masalah-masalah serta gejala-gejala negatif dalam penggunaan internet....baca selanjutnya

Program Bubur Lambuk Sempena Bulan Ramadhan Bersama KRT

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2019

Program bertujuan untuk memupuk semangat kerja sama,disamping untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan staff PIM dengan komuniti setempat... baca selanjutnya

Karnival Kerjaya 2019

Aktiviti Terkini | 30 April 2019

Bertujuan untuk memperkenalkan PI kepada komuniti, mengeratkan silaturahim antara semua yang terlibat dan mengisi waktu cuti persekolahan pelajar dengan aktiviti yang sihat... baca selanjutnya

Program Advokasi dan E-Rezeki di UNIKL, ALOR GAJAH 2

Aktiviti Terkini | 9 Mac 2019

Pengenalan mengenai program E-Rezeki dan klik dengan bijak. Cara-cara mencari pendapatan sampingan dan mengatasi masalah-masalah serta gejala-gejala negatif dalam penggunaan internet... baca selanjutnya

Program Advokasi dan E-Rezeki di UNIKL, ALOR GAJAH bersama PI Terendak Permai & Klebang Besar

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2019

Pengenalan mengenai program E-Rezeki dan klik dengan bijak. Cara-cara mencari pendapatan sampingan dan mengatasi masalah-masalah serta gejala-gejala negatif dalam penggunaan internet... baca selanjutnya

Klik dengan bijak bersama pelajar

Aktiviti Terkini | 18 Januari 2019

Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan awal kepada para pelajar Tadika Kemas. Pendedahan awal ini diharapkan dapat mendidik pelajar supaya dapat menggunakan komputer dengan baik... baca selanjutnya