MAJLIS IFTAR BERSAMA MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA, YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA TPr HAJI ANUAR BIN HAJI MUSA

Aktiviti terkini | 17 April 2022

Tempat Aktiviti:
Grand Ballroom, Level 13 DoubleTree by Hilton Hotel Melaka

Ringkasan Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar telah menerima jemputan untuk menghadiri Majlis Iftar bersama Menteri Komunikasi Dan Multimedia, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Tpr Haji Anuar Bin Haji Musa. Majlis Iftar ini merupakan anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Di samping itu, Majlis Iftar ini telah diadakan pada 17 April 2022 bersamaan hari Ahad dan bertempat di Grand Ballroom Level 13, DoubleTree By Hilton Hotel Melaka. Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran para tetamu jemputan dari pelbagai latar belakang iaitu terdiri daripada rakan strategik Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pegawai-pegawai kanan di bawah agensi yang terlibat, pemimpin-pemimpin Negeri Melaka, rakan-rakan media daripada BERNAMA dan para petugas dari Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Negeri Melaka. Malahan, Majlis Iftar ini juga turut dihadiri para pelajar dari Madrasah Tahfiz Fathur Rahman. Tuntasnya, implikasi Majlis Iftar sebegini ternyata memberi impak yang positif dalam menyantuni komuniti Keluarga Malaysia di samping dapat merapatkan jurang di antara pemimpin dan masyarakat secara tidak langsung.


Tujuan :
• Majlis Iftar Menteri Komunikasi dan Multimedia bersama komuniti Keluarga Malaysia
• Penyampaian sumbangan kepada beberapa individu dan para pelajar tahfiz yang hadir
• Sesi ramah mesra antara para tetamu yang hadir
• Perkongsian taklimat berkaitan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), Point of Presence (POP) dan PEDi Negeri Melaka


Nama VIP :
• Menteri Komunikasi Dan Multimedia, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Tpr Haji Anuar Bin Haji Musa
• Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Dato’ Dr. Fadhlullah Suhaimi Bin Abdul Malek
• Ketua Bahagian Transformasi dan Koordinasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tuan Haji Roslan Bin Mohamad
• Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Negeri Melaka, Encik Lokman Bin Ali
• Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik) Jabatan Penerangan Malaysia, Encik Zainudin Bin Haji Ismail
• Rakan Strategik Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia
• Delegasi dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Negeri Melaka
• Pegawai-pegawai kanan di bawah agensi yang terlibat
• Pemimpin-pemimpin Negeri Melaka
• Rakan Media daripada BERNAMA
• Para petugas dari Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia(PEDI) Negeri Melaka


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Kehadiran para tetamu jemputan memenuhi ruangan dewan bermula pukul 4.30 petang
• Ketibaan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Tpr Haji Anuar Bin Haji Musa
• Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan lagu ‘Melaka Maju Jaya’
• Seterusnya, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Negeri Melaka, Encik Lokman Bin Ali menyampaikan taklimat berkaitan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), Point of Presence (POP) dan PEDi Negeri Melaka
• Kemudian, majlis diserikan dengan ucapan oleh Menteri Komunikasi Dan Multimedia, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Tpr Haji Anuar Bin Haji Musa
• Bacaan doa berbuka puasa sejurus azan Maghrib berkumandang
• Para tetamu yang hadir berbuka puasa dengan menjamu hidangan yang tersedia
• Menteri Komunikasi Dan Multimedia, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Tpr Haji Anuar Bin Haji Musa menyampaikan sumbangan kepada para pelajar dari Madrash Tahfiz Fathur Rahman Jalan Taming Sari
• Aktiviti berakhir dengan sesi media dan diikuti sesi fotografi bersama Menteri Komunikasi Dan Multimedia, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Tpr Haji Anuar Bin Haji Musa


Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pemimpin dan komuniti Keluarga Malaysia
• Menghidupkan dan memeriahkan lagi penghayatan sambutan Ihya Ramadhan
• Memberi pengetahuan berkaitan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), Point of Presence (POP) dan PEDi Negeri Melaka
• Menjalinkan kerjasama di antara kementerian dan agensi-agensi yang teribat


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :