10 TIPS MERANCANG TAHUN 2022 AGAR HIDUP LEBIH POSITIF

Aktiviti terkini | 8 Januari 2022

Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar

Ringkasan Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar telah menganjurkan sebuah program siaran langsung bertajuk ‘10 Tips Merancang Tahun 2022 Agar Hidup Lebih Positif’ yang berdurasi selama 1 jam. Program ini adalah kerjasama bersama di antara Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Seri Kemendor. Salah satu inisiatif program ini diadakan ialah sebagai pendorong semangat untuk membantu orang ramai kekal positif dan terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih tinggi dalam kehidupan masing-masing di tahun baru 2022. Malahan, program sebegini juga diharapkan dapat menjadi asbab pembangkit semangat kepada orang ramai supaya tidak mudah berputus asa, bahkan menjadikan kegagalan sebagai titik permulaan untuk terus belajar dan berjaya.


Tujuan :
• Perkongsian tentang kepentingan menanam azam dan mencipta matlamat di tahun baru
• Perkongsian tentang 10 tips merancang tahun 2022 agar hidup lebih positif
• Penerangan tentang punca-punca stress dalam kehidupan berserta solusi untuk mengatasinya
• Program kolaborasi di antara Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Seri Kemendor


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Moderator memperkenalkan diri selaku pengurus di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia
• Moderator memulakan sesi perkongsian dengan ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru 2022
• Moderator meneruskan penerangan dengan mengupas berkaitan 10 tips merancang tahun 2022 agar hidup lebih positif
• Moderator berkongsi maklumat tentang kaedah ‘10B’ untuk mengurangkan stress atau tekanan
• Moderator membuka ruang untuk sebarang soalan yang ingin dikemukakan dan membaca komen dari para penonton
• Moderator menutup sesi perkongsian dengan harapan semoga kesempatan di tahun baru 2022 dapat menghidupkan semangat setiap individu untuk terus mengejar cita-cita dan impian


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang kepentingan mempunyai azam di tahun baru baik untuk diri sendiri, kerjaya mahupun keluarga
• Mengupas dengan lebih lanjut tentang 10 tips merancang tahun 2022 agar hidup lebih positif
• Memberi pendedahan tentang bahaya stress sekiranya tidak ditangani dengan betul seperti dapat menjejaskan kesihatan
• Memberi inspirasi kepada orang ramai supaya lebih bersemangat dan optimis dalam memulakan kehidupan di tahun baru


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :