PENERIMAAN SIJIL DAN PERBINCANGAN PROGRAM DI SEKOLAH KEBANGSAAN LEREH MELAKA

Aktiviti terkini | 9 November 2022

Tempat Aktiviti:

Sekolah Kebangsaan Lereh Melaka

Nama VIP :
• Puan Samsinar Binti Ani, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Lereh Melaka
• Puan Krishnaveni A/P Achebabu, Guru Penyelaras Program Sekolah Kebangsaan Lereh Melaka
• Puan Hamizah Binti Mohamed Razalli, Rakan Digital Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar
• Cik Nur Aziemah Binti Md Yusof, Pengurus Cawangan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Seri Kemendor

Ringkasan Aktiviti:
Pada 9 November 2022 bersamaan hari Rabu, petugas dari Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar dan petugas dari Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Seri Kemendor telah hadir ke Sekolah Kebangsaan Lereh Melaka. Para petugas PEDi yang terlibat telah dijemput hadir oleh pihak sekolah untuk sesi penyerahan sijil dan plaque sebagai tanda penghargaan kerana telah menjayakan program taklimat Klik Dengan Bijak bertajuk ‘Kerana Diriku Amat Berharga’ pada 18 Oktober yang lalu. Di samping itu, sijil dan plaque cenderahati telah disampaikan oleh Puan Krishnaveni A/P Achebabu selaku guru penyelaras program. Antara yang menerima sijil dan plaque cenderahati ialah Cik Natasya Alia Binti A. Rumzi merupakan pengurus cawangan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar, Puan Hamizah Binti Mohamed Razalli merupakan rakan digital di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar dan Cik Nur Aziemah Binti Md Yusof merupakan pengurus cawangan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Seri Kemendor. Dalam pada itu, implikasi daripada program sebegini bukan sahaja dapat menjalinkan kerjasama di antara Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dan Sekolah Kebangsaan Lereh Melaka, malahan secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara dua pihak.

Tujuan :
• Penyerahan sijil dan plaque penghargaan kepada petugas PEDi yang menjadi penceramah dalam program taklimat pada bulan lepas
• Perbincangan tentang cadangan pelaksanaan program pada masa akan datang
• Perkongsian maklumat tentang program-program sekolah yang dianjurkan
• Program kolaborasi di antara Sekolah Kebangsaan Lereh Melaka dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Kehadiran para petugas PEDi dari PEDi Klebang Besar dan PEDi Taman Seri Kemendor di Sekolah Kebangsaan Lereh Melaka pada pukul 10 pagi
• Program bermula pada pukul 10.30 pagi dengan ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis.
• Sesi suai kenal di antara guru yang terlibat dan para petugas dari PEDi Klebang Besar dan PEDi Taman Seri Kemendor
• Seterusnya sesi penyampaian sijil dan plaque penghargaan kepada petugas PEDi telah disampaikan oleh Puan Krishnaveni A/P Achebabu merupakan guru penyelaras program
• Agenda diteruskan dengan cadangan pelaksanaan program pada masa akan datang
• Sesi tandatangan oleh petugas PEDi yang hadir di Buku Pelawat Sekolah Kebangsaan Lereh Melaka
• Aktiviti diteruskan lagi dengan sesi fotografi bersama guru dan petugas dari PEDi yang terlibat
• Mesyuarat berakhir pada pukul 12.00 tengahari

Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan guru dan petugas PEDi
• Perkongsian pandangan dan pendapat tentang perancangan program pada masa akan datang
• Pendedahan tentang aktiviti-aktiviti yang dianjurkan pihak sekolah
• Menjalinkan kerjasama di antara Sekolah Kebangsaan Lereh Melaka dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :