PROGRAM BIMBINGAN KEMAHIRAN ASAS DALAM PENDIDIKAN DIGITAL DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MALIM MELAKA
Aktiviti terkini | 26 Julai 2022Tempat Aktiviti:
Makmal Komputer Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Melaka
Ringkasan Aktiviti:
Petugas dari Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar dan petugas dari Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Terendak Permai telah menganjurkan sebuah program bimbingan kemahiran asas dalam pendidikan digital yang memfokuskan pembelajaran berkaitan penggunaan aplikasi Canva untuk mencipta resume. Program tersebut telah diadakan secara bersemuka di Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Melaka dengan penyertaan seramai 41 orang pelajar dari tingkatan 5. Program tersebut merupakan jalinan kerjasama di antara Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dari Kluster Melaka Tengah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah. Selain itu, terdapat tiga orang pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah turut hadir semasa program berlangsung iaitu Tuan Haji Badrul Hisham Bin Md Keling, Encik Muhammad Hasnizam Bin Umar dan Encik Hafiz Bin Nawawi. Program telah diadakan pada 26 Julai 2022, hari Selasa dan bertempat di Makmal Komputer Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Melaka. Matlamat utama program adalah untuk memperkasa kemahiran asas para pelajar dalam pendidikan digital. Dengan penganjuran program tersebut yang berdurasi selama 3 jam, diharap sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada para pelajar bagi memperkasa kemahiran asas dalam bidang pendidikan digital selain dapat menghasilkan bahan penerbitan sendiri yang lebih kreatif dan interaktif. Disamping itu juga, implikasi daripada program sebegini bukan sahaja dapat menjalinkan kerjasama di antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah, PEDi Kluster Melaka Tengah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Melaka, malahan secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara tiga pihak.
Tujuan :
• Perkongsian maklumat tentang Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) berserta perkhidmatan yang ditawarkan.
• Penerangan tentang asas penggunaan aplikasi Canva.
• Perkongsian tentang cara mencipta resume yang terbaik dan menarik
• Program kolaborasi di antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah, Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Melaka dan PEDi Kluster Melaka Tengah.
Nama VIP :
• Tuan Haji Badrul Hisham Bin Md Keling, Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah
• Encik Muhammad Hasnizam Bin Umar, Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah
• Encik Hafiz Bin Nawawi, Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah
• Madam Corrina Tan, Guru Penyelaras ICT Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Melaka
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Kehadiran para petugas PEDi Kluster Melaka Tengah iaitu dari PEDi Klebang Besar dan PEDi Terendak Permai di Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Melaka pada pukul 9.30 pagi.
• Program bermula pada pukul 10 pagi dengan sesi suai kenal dan pengenalan diri dari petugas PEDi bersama para peserta.
• Program diteruskan dengan slot pertama iaitu pengenalan tentang Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) berserta perkhidmatan yang disediakan.
• Program diteruskan lagi dengan slot kedua iaitu penerangan tentang asas penggunaan aplikasi Canva.
• Seterusnya, petugas PEDi memberi tunjuk ajar tentang cara mendaftar akaun Canva secara percuma, memilih template resume yang sedia ada, memasukkan dan menyunting imej, teks dan ikon ke dalam template resume yang dipilih.
• Kemudian, petugas PEDi berkongsi tentang cara memuat turun hasil penciptaan resume yang telah disiapkan dalam format yang tersedia.
• Aktiviti seterusnya, para peserta dikehendaki mencipta resume masing-masing dengan menggunakan aplikasi Canva.
• Sesi penyampaian hadiah diberikan kepada 5 orang pelajar yang terpilih kerana berjaya mencipta resume yang menarik dan kreatif.
• Program berakhir pada pukul 1 petang dengan sesi penyampaian sijil dari PEDi Kluster Melaka Tengah kepada pihak sekolah dan sesi fotografi bersama para peserta.
Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pengetahuan berkaitan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) berserta perkhidmatan yang ditawarkan.
• Pendedahan tentang asas penggunaan aplikasi Canva.
• Mencungkil bakat para peserta dalam mencipta resume yang kreatif dan interaktif.
• Menjalinkan kerjasama di antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah, Sekolah Menengah Kebangsaan Malim Melaka dan PEDi Kluster Melaka Tengah
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :