JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PEDI KLUSTER MELAKA TENGAH

Aktiviti terkini | 14 Mei 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar

Ringkasan Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri PEDi Kluster Melaka Tengah pada 14 Mei 2022 bersamaan hari Sabtu dan bertempat di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar Melaka. Jamuan ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu para petugas PEDi dari Kluster Melaka Tengah. Antara yang hadir ialah petugas dari Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Paya Dalam, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Seri Duyong 2 dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Terendak Permai. Di samping itu, hidangan jamuan Hari Raya juga diadakan secara ‘potluck’ di mana setiap PEDi perlu menyediakan satu menu hidangan makanan. Implikasi program jamuan Hari Raya sebegini ternyata dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama para petugas sungguhpun dari PEDi yang berlainan. Tambahan pula, ianya secara tidak langsung dapat mempraktikkan nilai murni yang baik selaras dengan hasrat kerajaan dalam membentuk konsep Keluarga Malaysia.


Tujuan :
• Jamuan Hari Raya Aidilfitri PEDi Kluster Melaka Tengah
• Menghayati keistimewaan bulan-bulan kebesaran Islam
• Sesi ramah mesra antara para petugas PEDi dari Kluster Melaka Tengah
• Perkongsian tentang aktiviti serta perkhidmatan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)


Nama VIP :
• Petugas dari Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Paya Dalam
• Petugas dari Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) PEDI Taman Seri Duyong 2
• Petugas dari Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Terendak Permai


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Kehadiran para tetamu ke Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar pada pukul 11.00 pagi
• Seterusnya, video siaran langsung dari facebook page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Paya Dalam berkongsi tentang suasana sekitar jamuan Hari Raya serta penerangan tentang perkhidmatan yang terdapat di PEDi
• Kemudian, video siaran langsung dari facebook page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar berkongsi berkaitan menu makanan dan minuman yang disediakan
• Para tetamu yang hadir dijemput untuk menjamu hidangan yang tersedia. Antara juadah yang ada seperti ketupat, rendang, sambal kacang, roti jala, sate, biskut raya, buah-buahan dan lain-lain.
• Aktiviti berakhir dengan sesi fotografi bersama para petugas PEDi dari Kluster Melaka


Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan petugas PEDi
• Menghidupkan dan memeriahkan lagi penghayatan sambutan Hari Raya Aidilfitri
• Perkongsian pandangan dan pendapat tentang perancangan aktiviti akan datang
• Menjalinkan kerjasama di antara Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) bagi Kluster Melaka Tengah


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :