TIPS USAHAWAN BERJAYA

Aktiviti terkini | 15 Januari 2022

Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar

Ringkasan Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar telah menganjurkan sebuah program siaran langsung bertajuk ‘Tips Usahawan Berjaya’ yang berdurasi selama 1 jam. Program ini adalah kerjasama bersama di antara Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Terendak Permai. Salah satu inisiatif program ini diadakan adalah untuk menggalakkan orang ramai berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Apatah lagi, salah satu agenda transormasi Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) adalah untuk membantu masyarakat luar bandar dan kawasan miskin bandar boleh memperkasakan diri kepada kegiatan ekonomi serta menambah pendapatan melalui aktiviti ekonomi digital. Selain itu, tidak dapat dinafikan usahawan merupakan pemangkin kepada pembangunan dan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.


Tujuan :
• Penerangan tentang definisi dan peranan usahawan menurut perspektif tokoh terkenal
• Perkongsian tentang beberapa tips penting untuk menjadi usahawan berjaya
• Perkongsian berkaitan strategi pemasaran melalui online marketing untuk meningkatkan jualan
• Program kolaborasi di antara Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Terendak Permai


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Moderator memperkenalkan diri selaku penolong pengurus di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia
• Moderator memulakan sesi perkongsian dengan menerangkan tentang definisi usahawan dari sudut pandang beberapa orang tokoh
• Moderator meneruskan penerangan berkaitan fungsi dan peranan seorang usahawan
• Moderator menghuraikan dengan lebih mendalam berkaitan beberapa tips penting untuk menjadi usahawan berjaya
• Moderator membuka ruang untuk sebarang soalan yang ingin dikemukakan dan membaca komen dari para penonton
• Moderator menutup sesi perkongsian dengan penerangan mengenai beberapa langkah terbaik untuk bangkit dari kegagalan dalam kehidupan


Kelebihan Aktiviti :
• Mengupas dengan lebih lanjut berkaitan beberapa tips penting untuk menjadi usahawan berjaya
• Memberi pendedahan tentang strategi marketing online untuk meningkatkan jualan
• Memupuk daya tahan dan jati diri dalam kalangan masyarakat yang mengendalikan perniagaan
• Menggalakkan orang ramai untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :