MESYUARAT DI ANTARA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) MELAKA TENGAH BERSAMA PEDi KLUSTER MELAKA TENGAH

Aktiviti terkini | 7 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Paya Dalam

Ringkasan Aktiviti:
Petugas dari Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar telah menghadiri mesyuarat yang diadakan di antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah bersama PEDi dari Kluster Melaka Tengah. Agenda utama mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan hal-hal berkaitan pelaksanaan program PEDi Kluster Melaka Tengah bersama beberapa sekolah dalam daerah Melaka Tengah. Mesyuarat ini telah berlangsung pada 7 Jun 2022 bersamaan hari Selasa dan bertempat di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Paya Dalam. Antara yang hadir ialah petugas dari PEDi Kluster Melaka Tengah iaitu dari Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Paya Dalam dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Seri Duyong 2. Implikasi daripada program sebegini bukan sahaja dapat menjalinkan kerjasama di antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah dan PEDi Kluster Melaka Tengah, malahan secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara dua pihak.


Tujuan :
• Perbincangan tentang pelaksanaan program kolaborasi PEDi Kluster Melaka Tengah bersama beberapa buah sekolah yang terpilih
• Perancangan beberapa aktiviti yang bakal dilaksanakan di sekolah angkat dan 10 sekolah bimbingan yang terpilih
• Penerangan tentang pelaksanaan Skor Kompetensi Digital atau Digital Competency Score (DCS)
• Program kolabrasi di antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah bersama PEDi dari Kluster Melaka Tengah


Nama VIP :
• Tuan Haji Badrul Hisham, Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah
• Encik Hafiz Nawawi, Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah
• Petugas dari Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Paya Dalam
• Petugas dari Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) PEDI Taman Seri Duyong 2


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Kehadiran para pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah iaitu Tuan Haji Badrul Hisham dan Encik Hafiz Nawawi ke Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Paya Dalam pada pukul 10.00 pagi
• Ucapan alu-aluan daripada pengurus cawangan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Paya Dalam, Puan Mazyunyanti Binti Md Ali Hanapiah
• Sesi suai kenal di antara pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah dan para petugas dari PEDi Kluster Melaka Tengah yang terlibat
• Seterusnya, taklimat berkaitan Digital Competency Score (DSC) yang disampaikan oleh pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah. Digital Competency Score (DCS) merupakan satu program latihan secara dalam talian khusus untuk murid-murid tahun 6, tingkatan 3 dan tingkatan 5 bagi meningkatkan tahap kompetensi murid mengenai kemahiran TMK yang diperlukan dalam dunia hari ini.
• Agenda mesyuarat diteruskan lagi dengan perancangan aktiviti yang bakal dilaksanakan di sekolah angkat dan 10 sekolah terpilih
• Sesi soal jawab serta perkongsian pandangan dan idea berkaitan pelaksanaan program bersama sekolah-sekolah yang akan bermula pada bulan Julai 2022
• Sesi fotografi bersama pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah dan petugas dari PEDi Kluster Melaka Tengah yang hadir
• Mesyuarat berakhir pada pukul 12.00 tengahari dengan sedikit jamuan makan. Para tetamu yang hadir dijemput untuk menjamu hidangan yang tersedia.


Kelebihan Aktiviti :
• Pendedahan tentang tentatif pelaksanaan program PEDi Kluster Melaka Tengah bersama sekolah bimbingan bermula bulan Julai 2022
• Perkongsian pandangan dan pendapat berkaitan aktiviti pembelajaran yang bersesuaian untuk dilaksanakan
• Memberi maklumat mengenai Digital Competency Score (DCS) yang bertujuan untuk menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika
• Menjalinkan kerjasama di antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Melaka Tengah dan PEDi Kluster Melaka Tengah


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :