Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Klebang merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri Melaka, Malaysia. Ia terletak berhampiran Tanjung Kling. Klebang dibahagikan kepada dua bahagian, Klebang Besar dan Klebang Kecil.

Klebang merupakan bahagian Melaka Tengah yang kedudukan di tengah antara Bandar Melaka dan juga Sungai Udang. Klebang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, Klebang Besar dan juga Klebang Kecil. Klebang Besar merupakan kawasan klebang yang mempunyai Pantai Klebang, mengunjur sehingga ke kawasan Balik Buloh, Klebang Kecil pula bermula dari kawasan Pokok Mangga sehingga ke Masjid Klebang Besar.

Klebang besar mempunyai beberapa kawasan kampung antaranya Pulau Gadong, Kampung Permatang, Balik Buloh yang menganjur sehingga ke arah Bertam Perdana, Cheng. Jalan Pulau Gadong merupakan laluan utama kenderaan dari sungai Udang untuk ke Bandarraya Melaka melalui Lebuh AMJ (Alorgajah- Melaka- Jasin).

Di kawasan Pantai Klebang, kerajaan Negeri telah pun menambak kawasan pantai tersebut untuk dijadikan kawasan rekreasi untuk penduduk melaka, kawasan tambak ini mengunjur sehingga ke pantai Kundor, Tanjung Kling (dikenali juga sebagai Pantai Puteri).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


Program Pengagihan Bantuan Barang Sekolah “Back To School”

Aktiviti Terkini | 31 Disember 2017

Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.Sesi taklimat disampaikan oleh Pengerusi JKKK selaku wakil penduduk tempatan. Majlis dirasmikan oleh... baca selanjutnya

Program Permuafakatan Komuniti

Aktiviti Terkini | 25 November 2017

Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.Sesi taklimat disampaikan oleh Pengerusi JKKK selaku wakil... baca selanjutnya

Sesi Ramah Mesra Bersama Komuniti Tempatan

Aktiviti Terkini | 3 Oktober 2017

Majlis di mulakan pada pukul 10.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Sesi taklimat disampaikan oleh Pengerusi JKKK selaku wakil penduduk tempatan... baca selanjutnya

Suai & Padan Online (Skylanders)

Aktiviti Terkini | 29 September 2017

Pertandingan di mulakan pada pukul 11.30 pagi sehingga 1.00 tengahari.Penyampaian hadiah juga disampaikan setelah... baca selanjutnya

Pop Kuiz (Kahoot Merdeka & Oh My English)

Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2017

Pertandingan di mulakan pada pukul 11.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Penyampaian hadiah juga disampaikan setelah pertandingan selesai... baca selanjutnya

Jamuan Hari Raya Aidilfiri 2017 Bersama JKKK dan Penduduk Kampung

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2017

Majlis Hari Raya Aidilfitri dibawah kerjasama oleh JKKK ,Pihak Pi1m serta Penduduk Kampung. Jamuan bermula pada pukul 7.30 malam sehingga 11.00 malam. Majlis dihadiri dari pelbagai peringkat umur dan komuniti bagi memeriahkan majlis ini... baca selanjutnya

Pacman Online Competition

Aktiviti Terkini | 10 Jun 2017

Bertujuan merapatkan hubungan antara pihak pengurusan dengan ahli & bukan ahli... baca selanjutnya

Fair Pairs

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2017

Untuk merapatkan hubungan antara pihak pengurusan dengan ahli & bukan ahli... baca selanjutnya

Tiup Belon Terpantas

Aktiviti Terkini | 23 April 2017

Merapatkan hubungan antara pihak pengurusan dengan ahli & bukan ahli... baca selanjutnya

Word Search

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2017

Dengan adanya aktiviti seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan antara pihak pengurusan dengan ahli & bukan ahli... baca selanjutnya

Crossword Puzzle

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2017

Aktiviti ini bertujuan adalah untuk merapatkan hubungan antara pihak pengurusan dengan ahli & bukan ahli... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian... baca selanjutnya