FENOMENA BANJIR

Aktiviti terkini | 9 Januari 2022

Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar

Ringkasan Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar telah menganjurkan sebuah program siaran langsung bertajuk ‘Fenomena Banjir’ yang berdurasi selama 1 jam. Program ini adalah kerjasama bersama di antara Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Terendak Permai. Salah satu inisiatif program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan berkaitan fenomena banjir yang merangkumi punca banjir berlaku dan juga langkah-langkah yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas banjir. Apatah lagi, bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada Disember 2021 menyebabkan sehingga puluhan ribu orang awam terpaksa dipindahkan. Tuntasnya, kesedaran masyarakat terhadap bencana alam seperti banjir wajar dipertingkat merangkumi langkah berjaga-jaga dari semasa ke semasa.


Tujuan :
• Perkongsian tentang faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya banjir
• Penerangan tentang persediaan yang sewajarnya sebelum, semasa dan selepas menghadapi banjir
• Perkongsian berkaitan langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan penyakit berkaitan banjir
• Program kolaborasi di antara Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Terendak Permai


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Moderator memperkenalkan diri selaku pengurus di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia
• Moderator memulakan sesi perkongsian dengan menerangkan tentang faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya banjir
• Moderator meneruskan penerangan tentang persediaan yang sewajarnya sebelum, semasa dan selepas menghadapi banjir
• Moderator berkongsi maklumat berkaitan 10 tips keselamatan makanan semasa banjir
• Moderator membuka ruang untuk sebarang soalan yang ingin dikemukakan dan membaca komen dari para penonton
• Moderator menutup sesi perkongsian dengan penerangan mengenai langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan penyakit berkaitan banjir


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi maklumat tentang punca-punca berlakunya banjir
• Mengupas dengan lebih lanjut persediaan yang sewajarnya sebelum, semasa dan selepas menghadapi banjir
• Memberi pendedahan berkaitan SOP yang perlu dititik beratkan di Pusat Pemindahan Sementara dan Pusat Bantuan Bencana
• Menggalakkan orang ramai supaya cakna tentang langkah keselamatan pada peringkat persediaan sebelum menghadapi banjir


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :