PROGRAM KELAS SHOPEE SELLER DAN TIKTOK SHOP

Aktiviti terkini | 14 September 2023

Tempat Aktiviti:
Kolej Komuniti Kota Melaka

Ringkasan Aktiviti:
• Pada 14 September 2023 bersamaan hari Khamis, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar kolaborasi bersama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Batang Melaka telah menganjurkan Program Kelas Shopee Seller dan Tiktok Shop.
• Program ini telah diadakan secara bersemuka bertempat di Kolej Komuniti Kota Melaka.
• Seramai 18 orang peserta terdiri daripada pelajar Sijil Terapi Kecantikan dan Sijil Dandanan Rambut telah menyertai program ini.
• Aktiviti berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang positif daripada para peserta.
• Diharapkan menerusi program ini dapat memberi manfaat, inspirasi serta membuka peluang kepada para peserta untuk memulakan perniagaan mereka.
• Apatah lagi, kita sedia maklum bahawa platform jualan secara online menggunakan aplikasi seperti Shopee dan Tiktok mahupun platform yang lain ternyata dapat memberi keuntungan yang besar kepada kebanyakan perniagaan di dalam negara.
• Justeru, implikasi daripada program sebegini juga bukan sahaja dapat menjalinkan kerjasama di antara Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan Kolej Komuniti Kota Melaka, malahan secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara pihak yang terlibat.

Tujuan :
• Memberi tunjuk ajar serta latihan tentang penggunaan platform Shopee Seller dan Tiktok Shop
• Membimbing para peserta yang baru mula berniaga untuk berkembang maju tanpa kekuatan modal
• Memberi pendedahan tentang kelebihan dan kekuatan strategi pemasaran di marketplace
• Program kolaborasi di antara Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dan Kolej Komuniti Kota Melaka


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Kehadiran para peserta di Kolej Komuniti Kota Melaka pada pukul 8.45 pagi
• Program bermula pada pukul 9.00 pagi dengan ucapan alu-aluan seterusnya taklimat berkaitan Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Secara tidak langsung ianya dapat memperkenal peranan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dalam menyediakan latihan keusahawanan secara digital kepada komuniti setempat
• Agenda diteruskan dengan taklimat berkaitan Shopee Seller.
• Taklimat telah disampaikan oleh Rakan Digital PEDi Batang Melaka, Cik Noor Athirah Binti Samsudin.
• Menerusi perkongsian ini, para peserta belajar tentang cara membuka akaun sebagai peniaga di platform Shopee.
• Para peserta juga didedahkan tentang cara menjual dan mempamerkan produk mereka
• Seterusnya pada pukul 11:30 pagi, taklimat diteruskan dengan perkongsian berkaitan Tiktok Shop.
• Taklimat telah disampaikan oleh Rakan Digital PEDi Klebang Besar Melaka, Puan Hamizah Binti Mohamed Razalli.
• Para peserta diberi tunjuk ajar dan latihan tentang cara mendaftar dan mengurus perniagaan di platform Tiktok Shop.
• Penceramah turut berkongsi tentang teknik menghasilkan konten yang menarik menerusi video kreatif serta penggunaan hashtag yang betul
• Sesi penyampaian sijil oleh pensyarah dari Kolej Komuniti Kota Melaka kepada wakil PEDi yang hadir serta para peserta yang terlibat
• Program berakhir pada pukul 2.00 petang dengan sesi fotografi


Kelebihan Aktiviti :
• Menambah pengetahuan dan kemahiran dalam menjana pendapatan menerusi platform Shopee Seller dan Tiktok Shop
• Menyerlahkan bakat dan kreativiti para peserta dalam bidang keusahawanan
• Menambah skill dan kemahiran para peserta dalam berniaga secara online
• Memperkenal peranan PEDi dalam menyediakan latihan keusahawanan secara digital kepada komuniti setempat


Nama VIP :
• Rakan Digital PEDi Klebang Besar Melaka, Puan Hamizah Binti Mohamed Razalli
• Rakan Digital PEDi Batang Melaka, Cik Noor Athirah Binti Samsudin


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :