Wormate Puzzle Competition

2 Februari 2018 | Jumaat
2.45 petang – 4.45 petang

Tujuan:
• Merapatkan hubungan pihak pengurusan PI1M dengan komuniti tempatan.
• Menarik ahli baru PI1M.
• Menggalakkan para belia komuniti melibatkan diri dalam program yang diadakan di PI1M klebang besar.
• Meningkatkan kemahiran berfikir serta ketangkasan minda dalam menjawab soalan.

Kelebihan:
• Dapat mengeratkan silaturrahim antara pihak PI1M dan penduduk kampung.
• Menggalakkan sikap berdaya saing.
• Meningkat kemahiran kepekaan serta kepantasan minda dan daya focus penglihatan.

Penglibatan:
Ahli & Bukan Ahli PI1M Klebang Besar, Melaka

Perlaksanaan Aktiviti:
Majlis bermula pada pukul 2.45 petang sehingga 4.45 petang. Para belia komuniti melibatkan diri dan mendaftarkan diri sebagai peserta pada jam 2.30 petang. Kemudian, aktiviti dimulakan pada pukul 2.45 petang.

Aktiviti Berkaitan: Wormate puzzle yang di aturkan melalui online games untuk menguji daya kepekaan dan kepantasan peserta. Mereka perlu pertahankan nyawa Wormate dan mata permarkahan mereka. Jika, nyawa wormate mereka berakhir ,maka mereka perlu menghentikan permainan mereka.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:



Kembali ke halaman utama