Program Permuafakatan Komuniti Anjuran Bersama JKKK Klebang, Perpustakaan Desa 1Malaysia , Pusat Internet 1Malaysia Klebang Besar dan Generasi Y

25 November 2017 | Sabtu
8.00 pagi – 1.00 petang | Pusat Internet 1Malaysia Klebang Besar & Perpustakaan Desa 1Malaysia, Klebang, Melaka

Tujuan:
• Merapatkan hubungan pihak pengurusan Pi1M dengan komuniti tempatan.
• Menarik Ahli Baru Pi1M.
• Memperkenalkan fungsi Pi1M.
• Mengeratkan silaturrahim bersama JKKK Klebang dan komuniti tempatan.

Kelebihan:
• Dapat mengeratkan silaturrahim antara pihak Pi1m dan penduduk kampung.
• Melahirkan aktiviti sihat untuk para belia.
• Menggalakkan penglibatan golongan komuniti dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.

Penglibatan:
ADUN Kawasan Dun Klebang: YB. Datuk Lim Ban Hong.
Pengerusi JKKK: Datuk Hj. Mohd Yusof bin Abu Hassan.
Setiausaha JKKK: Sidang Hamzah Bin Ibrahim.
Komuniti Tempatan: Ahli Dan Bukan Ahli Pi1M.

Perlaksanaan Aktiviti:
Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 1.00 tengahari.Sesi taklimat disampaikan oleh Pengerusi JKKK selaku wakil penduduk tempatan. Majlis dirasmikan oleh ADUN Kawasan Dun Klebang , YB. Datuk Lim Ban Hong. Hadiah dan saguhati diserahkan kepada peserta dan komuniti yang hadir. Sarapan dan makan tenghari disediakan.

Berikut adalah gambar semasa aktiviti dijalankan:









Kembali ke halaman utama