E-LEARNING: KUIZ MAULIDUR RASUL / HARI MALAYSIA
Aktiviti terkini |19 September 2024Tempat Aktiviti:
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Klebang Besar
Ringkasan Aktiviti:
• Aktiviti ini diadakan di NADI Klebang Besar. Peserta diberikan soalan kuiz berkenaan hari Maulidur Rasul dan juga Hari Malaysia. Soalan kuiz tersebut dijawab secara bersama dengan petugas memberikan panduan dan sedikit penerangan tentang jawapan yang dipilih. Peserta diberi peluang memilih sendiri jawapan akhir dan markah dikira
Tujuan :
• Tujuan aktiviti diadakan adalah untuk menambahkan pengetahuan berkenaan Hari Keputeraan Baginda Rasulullah s.a.w serta Hari Malaysia.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Peserta diberi penerangan tentang cara permainan, dan membuka laman web Wordwall untuk menjawab soalan.
• Bagi setiap soalan, petugas memberikan sedikit penerangan berserta jawapan yang diberikan.
• Peserta diberi masa untuk menjawab dan peserta yang mempunyai jawapan yang betul paling banyak diberi saguhati.
• Peserta selesai menjawab dan bersurai.
Kelebihan Aktiviti :
• Aktiviti ini melatih peserta berfikir secara logikal dan tepat.
• Melatih cara menjawab soalan dengan lebih baik dan betul.
• Mengisi masa lapang dengan aktiviti berasaskan pelajaran.
• Merapatkan silaturahim sesama peserta.
Nama VIP :
• Tiada
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :