PROGRAM TAKLIMAT DIGITALISE YOUR BUSINESS
Aktiviti terkini | 19 Oktober 2023Tempat Aktiviti:
PEDi Klebang Besar , Melaka
Ringkasan Aktiviti:
• Pada 19 Oktober 2023, hari Khamis, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar hasil Kerjasama dengan pihak TM Melaka telah menganjurkan Program ‘Digitalise Your Business’ bersama UnifiBusiness TM.
• Program ini telah diadakan dengan menjemput para usahawan di sekitar Kawasan PEDi iaitu Klebang, Tangga Batu, dan kawasan yang berhampiran untuk hadir mendengarkan taklimat berkenaan produk-produk pemasaran Digital TM.
• Program ini juga disokong dengan kehadiran petugas PEDi Taman Terendak Permai bagi memeriahkan majlis.
• Program ini telah mendapat sambutan yang baik dari para usahawan yang ingin memasarkan produk mereka dengan lebih berkesan secara digital.
• Diharapkan menerusi program ini dapat memberi manfaat, inspirasi serta membuka peluang kepada para peserta untuk memajukan lagi perniagaan mereka.
• Akhir sekali, program ini bukan sahaja dapat menambah ilmu untuk para usahawan, tetapi dapat merapatkan hubungan sesama peserta dengan menambah kenalan menjurus kepada potensi kerjasama yang lebih baik lagi pada masa hadapan.
Tujuan :
• Memberi ilmu dan pendedahan terhadap produk-produk pemasaran digital dari pihak TM Malaysia.
• Membantu para usahawan mengembangkan perniagaan mereka dengan penggunaan produk digital dari TM Malaysia.
• Membimbing para usahawan tentang cara membuat Teknik pemarasan digital yang lebih berkesan untuk meningkatkan jualan.
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Kehadiran para petugas TM dan membuat persediaan program pada pukul 8.45 pagi
• Kehadiran para peserta dan dimulakan dengan sesi sarapan yang disediakan pihak TM.
• Program bermula pada pukul 9.30 pagi dengan ucapan alu-aluan seterusnya taklimat berkaitan Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Secara tidak langsung ianya dapat memperkenal peranan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) dalam menyediakan latihan keusahawanan secara digital kepada komuniti setempat
• Agenda diteruskan dengan taklimat berkaitan produk ‘Digital Marketing Solution’ dari TM.
• Taklimat telah disampaikan oleh Siti Nur Aishah Binti Nazri.
• Semasa sesi ini berlangsung, para peserta turut dapat menjawab soalan daripada penceramah dan mendapat hadiah
• Seterusnya pada pukul 11:00 pagi, taklimat diteruskan dengan perkongsian berkaitan produk TM yang lain seperti pakej UnifiBusiness dan Unifi Mobile Bizz.
• Taklimat telah disampaikan oleh Siti Zubaidah Binti Chek Din.
• Para peserta diberi penerangan tentang kelebihan produk keluaran TM dan bagaimana produk tersebut dapat memudahkan urusan usahawan dalam perniagaan mereka.
• Penceramah juga menerangkan harga kepada produk-produk tersebut.
• Program berakhir pada pukul 12 tengah hari dengan sesi fotografi, sesi beramah mesra sesame peserta berserta jamuan makanan ringan.
Kelebihan Aktiviti :
• Menambah pengetahuan dan kemahiran dalam pemasaran secara digital
• Meningkatkan kefahaman peserta tentang kepentingan mempunyai pengurus pemasaran digital.
• Memperkenal peranan PEDi dalam menyediakan latihan keusahawanan secara digital kepada komuniti setempat
Nama VIP :
• Siti Nur Aishah Binti Nazri
• Siti Zubaidah Binti Chek Din
• Pengurus dan Penolong Pengurus PEDi Taman Terendak Permaiq
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :