KELAS ICT – ENJIN CARIAN / SEARCH ENGINE

Aktiviti terkini | 26 November 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Klebang Besar , Melaka

Ringkasan Aktiviti:
• Pada 26 November 2023, pihak PEDi telah mengadakan kelas ICT dengan membawa tajuk ‘Enjin Carian atau Search Engine’.
• Peserta didedahkan tentang pengenalan kepada enjin carian dan kegunaan enjin carian yang sering digunakan.
• Hasil dari kelas ini, peserta diharap dapat mengetahui fungsi dan kegunaan enjin carian serta membantu mereka dalam pembelajaran.

Tujuan :
• Memberi ilmu dan pendedahan terhadap penggunaan Enjin carian.
• Menambah kesedaran tentang penggunaan enjin carian yang betul dan tidak melayari laman web yang tidak sesuai dan salah.
• Peserta dapat mengenalpasti jenis-jenis enjin carian yang lain selain Google.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Kehadiran peserta dan mengambil tempat pada pukul 2.15 petang.
• Peserta diperkenalkan tentang maksud enjin carian dan jenis-jenis carian yang terdapat di Internet.
• Peserta turut diterangkan kelebihan enjin carian dan perbezaan di antara satu sama lain.
• Akhir sekali, mereka diberikan soalan atau kuiz tentang topik yang diajar.
• Peserta turut diberikan peluang membuka enjin carian yang ada secara kendiri.

Kelebihan Aktiviti :
• Menambah pengetahuan peserta tentang apa itu enjin carian, sejarah dan kegunaan.
• Peserta dapat mengetahui tentang cara menggunakan enjin carian dengan berhemah dan bertanggungjawab.

Nama VIP :
• Nur Raza’anah Nabila binti Rashid
• Muhamad Anuar bin Ibrahim

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :