JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI PEDi KLUSTER MELAKA TENGAH
Aktiviti terkini | 14 Mei 2023Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Tangga Batu Perdana Melaka
Nama VIP :
• Petugas dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Tangga Batu Perdana
• Petugas dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar
• Petugas dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Paya Dalam
• Petugas dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Seri Duyong 2
• Petugas dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Terendak Permai
Ringkasan Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) kluster Melaka Tengah telah mengadakan Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 14 Mei 2023 bersamaan hari Ahad bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Tangga Batu Perdana Melaka. Jamuan ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan iaitu para petugas dari PEDi kluster Melaka Tengah. Antara yang hadir ialah petugas dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Tangga Batu Perdana, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Paya Dalam, Pusat Ekonomi (PEDi) Taman Seri Duyong 2 dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Terendak Permai. Di samping itu, hidangan jamuan Hari Raya diadakan secara ‘potluck’ di mana setiap petugas PEDi perlu membawa satu menu hidangan makanan. Implikasi daripada pelaksanaan program ini ternyata dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama petugas PEDi sungguhpun dari PEDi yang berlainan. Tambahan pula, ianya secara tidak langsung dapat mempraktikkan nilai murni yang baik selaras dengan hasrat kerajaan dalam membentuk konsep Malaysia Madani.
Tujuan :
• Jamuan Hari Raya Aidilfitri bagi PEDi kluster Melaka Tengah
• Meraikan ketibaan bulan Syawal dengan aktiviti bersama petugas-petugas PEDi
• Sesi ramah mesra antara para petugas PEDi dari kluster Melaka Tengah
• Perbincangan tentang perancangan aktiviti pada masa akan datang
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Kehadiran petugas-petugas PEDi kluster Melaka Tengah di PEDi Taman Tangga Batu Perdana pada pukul 12.00 tengah hari
• Program bermula pada pukul 12.30 tengah hari dengan ucapan alu-aluan dari pengurus cawangan PEDi Taman Tangga Batu Perdana, Puan Nor Aqilah Binti Zulhisham
• Seterusnya, program diteruskan dengan sesi menjamu selera jamuan Hari Raya. Antara juadah yang tersedia seperti ketupat, rendang, nasi impit, kuih kacang, lontong, satay, kek, kuih muih dan pelbagai lagi
• Program jamuan Hari Raya berjalan dengan lancar. Ianya juga diselang selikan dengan perbincangan aktiviti pada masa akan datang serta sesi ramah mesra sesama petugas yang hadir
• Program berakhir dengan sesi fotografi bersama petugas-petugas PEDi dari kluster Melaka Tengah
Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan petugas PEDi
• Menghidupkan dan memeriahkan lagi penghayatan sambutan Hari Raya Aidilfitri
• Perkongsian pandangan dan pendapat tentang perancangan aktiviti akan datang
• Menjalinkan kerjasama di antara Pusat Ekonomi Digital (PEDi) bagi kluster Melaka Tengah
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :