PROGRAM KUIZ ONLINE IHYA’ RAMADHAN
Aktiviti terkini | 10 Mac 2023Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar Melaka
Nama VIP :
TIADA
Ringkasan Aktiviti:
Pada 10 Mac 2023 bersamaan hari Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar Melaka telah menganjurkan Program Kuiz Online Iyha’ Ramadhan bersempena dengan ketibaan bulan istimewa iaitu Ramadhan Al-Mubarak dan juga musim cuti sekolah. Program ini telah diadakan secara bersemuka bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar Melaka. Seramai 19 orang pelajar sekolah rendah telah menyertai program ini. Objektif utama penganjuran program adalah untuk meningkatkan pengetahuan para peserta mengenai bulan Ramadhan agar dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna. Dengan penganjuran program sebegini juga diharapkan sedikit sebanyak dapat menghidupkan dan memeriahkan lagi penghayatan sambutan Ihya’ Ramadhan yang bakal tiba.
Tuntasnya, implikasi program sebegini bukan sahaja dapat memupuk nilai murni dalam kalangan para peserta malahan secara tidak langsung dapat menyantuni komuniti setempat.
Tujuan :
• Program taklimat berkaitan ibadah puasa di bulan Ramadhan
• Penerangan tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadhan sebagai wahana untuk mengisi kerohanian
• Program penghayatan Ihya Ramadhan bersama komuniti setempat
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Kehadiran para peserta di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar Melaka pada pukul 2.30 petang
• Program bermula pada pukul 2.45 petang dengan ucapan alu-aluan dari pengurus cawangan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar Melaka. Seterusnya, sesi suai kenal dan pengenalan diri dari para petugas PEDi bersama para peserta
• Agenda pertama iaitu taklimat berkenaan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Taklimat ini telah disampaikan oleh pengurus cawangan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar, Puan Natasya Alia Binti A.Rumzi
• Taklimat diselang-selikan dengan sesi soal jawab secara rawak bagi mengekalkan fokus dan perhatian para peserta sepanjang program
• Seterusnya, pertandingan kuiz online dimulakan. Terdapat empat pusingan soalan kuiz yang berbeza perlu dijawab oleh para peserta. Antaranya, soalan pilihan jawapan bertemakan puasa Ramadhan
• Seusai sesi menjawab kuiz online selesai, program diteruskan dengan acara cabutan nombor bertuah. Hadiah diberikan kepada empat orang peserta yang mendapat cabutan nombor bertuah
• Selepas itu, program diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada lima orang pemenang pertandingan kuiz online yang berjaya mengumpul markah tertinggi
• Adik Nur Hana Darin Bin Mohd Hairany menjadi pemenang tempat pertama apabila berjaya mengumpul jumlah markah tertinggi untuk keseluruhan pusingan kuiz
• Program berakhir pada pukul 5.30 petang dengan sesi fotografi bersama para petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar dan peserta-peserta yang terlibat
Kelebihan Aktiviti :
• Menambah pengetahuan tentang ibadah puasa dan fadilat Ramadhan
• Menghidupkan dan memeriahkan lagi penghayatan sambutan Ihya’ Ramadhan
• Menyuburkan perasaan untuk merebut kelebihan bulan Ramadhan
• Mengeratkan hubungan silaturrahim antara petugas PEDi dan juga komuniti setempat
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :