PROGRAM SEMPENA MUSIM CUTI SEKOLAH: CARA MENGHASILKAN VIDEO MENGGUNAKAN MICROSOFT POWERPOINT
Aktiviti terkini | 4 Jun 2023Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar Melaka
Nama VIP :
• Cik Nur Aziemah Binti Md Yusuf, Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Seri Kemendor
Ringkasan Aktiviti:
Pada 4 Jun 2023 bersamaan hari Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar kolaborasi bersama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Seri Kemendor telah menganjurkan sebuah program bersempena dengan ketibaan Musim Cuti Sekolah iaitu kelas bimbingan ICT tentang cara menghasilkan video dengan menggunakan Microsoft PowerPoint. Program ini telah diadakan secara bersemuka bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar Melaka. Seramai 9 orang pelajar sekolah berumur dari 10 tahun hingga 15 tahun telah menyertai program ini. Aktiviti berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang positif daripada para peserta. Terdapat juga beberapa orang ibubapa yang hadir memberi galakan kepada anak mereka. Taklimat program telah disampaikan oleh Cik Nur Aziemah Binti Md Yusuf merupakan pengurus cawangan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Seri Kemendor. Turut sama membantu sepanjang program berlangsung, para petugas dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar iaitu Puan Hamizah Binti Mohamed Razalli, Puan Natasya Alia Binti A.Rumzi dan Cik Nur Syazwana Binti Hamizi. Objektif utama penganjuran program adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang teknik menghasilkan video dengan menggunakan Microsoft PowerPoint. Justeru, dengan penganjuran program sebegini diharap dapat membantu para peserta menambah skill dan kemahiran dalam menghasilkan video dengan cara mudah. Secara keseluruhan, program sebegini dilihat amat penting khususnya kepada para pelajar seiring dengan perkembangan teknologi ICT yang semakin canggih, di mana proses pelajaran dan pembelajaran telah bertambah menarik dengan penggunaan teknologi terutamanya di peringkat sekolah.
Tujuan :
• Memberi tunjuk ajar tentang teknik menghasilkan video menggunakan Microsoft PowerPoint
• Peserta mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam menghasilkan video
• Menarik minat para peserta terhadap suntingan video
• Manfaatkan ketibaan Musim Cuti Sekolah dengan penganjuran aktiviti bersama komuniti
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Kehadiran para peserta di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar pada pukul 1.30 petang
• Program bermula pada pukul 2.00 petang dengan ucapan alu-aluan dan sedikit taklimat ringkas berkaitan tentatif program telah disampaikan oleh pengurus cawangan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar, Puan Natasya Alia Binti A.Rumzi.
• Program diteruskan dengan agenda utama iaitu kelas bimbingan ICT tentang cara menghasilkan video menggunakan Microsoft PowerPoint. Kelas bimbingan telah dikendalikan oleh Cik Nur Aziemah Binti Md Yusuf merupakan pengurus cawangan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Seri Kemendor. Turut sama membantu sepanjang kelas berlangsung para petugas Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar
• Melalui kelas bimbingan ini, para peserta belajar tentang cara menghasilkan video menggunakan Microsoft PowerPoint. Sewaktu sesi penerangan dijalankan, para peserta juga dikehendaki untuk mengaplikasikan skill dan kemahiran yang dipelajari dengan menghasilkan video menggunakan Microsoft PowerPoint
• Seterusnya, sesi penyampaian hadiah kepada lima orang peserta yang berjaya mencipta video paling kreatif iaitu Mia Nasuha Binti Ahmad Sharifuddin 11 tahun, Nur Dhia Qasrina Binti Hasrol 10 tahun, M. Syazani Bin Shahrul Nizam 12 tahun, Muhammad Adam Danish Bin Abdul Rahman 11 tahun dan Muhammad Khuilieyas Bin Zul Ikrar 13 tahun
• Sesi penyampaian hadiah turut diselang selikan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang cabutan bertuah
• Program berakhir pada pukul 4.00 petang dengan sesi fotografi bersama para petugas PEDi dan para peserta yang terlibat
Kelebihan Aktiviti :
• Membantu para peserta belajar menghasilkan video dengan cara yang mudah
• Memantapkan pengetahuan dalam kemahiran mengedit video
• Menyerlahkan kreativiti dalam menghasilkan video kreatif
• Mengeratkan hubungan silaturrahim antara petugas PEDi dan juga komuniti yang terlibat
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :