KELAS BIMBINGAN MENAIP SURAT RASMI MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD
Aktiviti terkini | 7 Julai 2023Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar
Nama VIP :
Tiada
Ringkasan Aktiviti:
Pada 7 Julai 2023 bersamaan hari Jumaat, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar kolaborasi bersama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Seri Kemendor telah menganjurkan kelas bimbingan menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word. Kelas ini telah diadakan secara bersemuka bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar Melaka. Seramai 9 orang pelajar sekolah rendah telah menyertai kelas ini. Aktiviti berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang positif daripada para peserta. Terdapat juga beberapa orang ibubapa yang hadir memberi galakan kepada anak mereka. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Natasya Alia Binti A.Rumzi merupakan pengurus cawangan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar. Turut sama membantu sepanjang program berlangsung, pengurus dari Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Seri Kemendor, Cik Nur Aziemah Binti Md Yusuf. Objektif utama kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang kemahiran menaip surat rasmi. Apatah lagi, kemahiran menulis surat rasmi dilihat sebagai satu keperluan penting yang dapat diasah melalui latihan dan pengalaman. Di samping itu, para peserta juga belajar tentang panduan menghasilkan surat rasmi mengikut format yang betul. Diharapkan agar para peserta dapat mengambil input melalui kelas bimbingan ini dan dapat mengaplikasikannya dalam tugasan harian mereka. Secara keseluruhan, kelas bimbingan menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word amat penting khususnya kepada para pelajar seiring dengan perkembangan teknologi ICT, di mana proses menulis surat rasmi bertambah mudah dan kemas dengan penggunaan komputer.
Tujuan :
• Memberi tunjuk ajar tentang teknik menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word
• Memberi pendedahan tentang format penulisan surat rasmi yang betul
• Peserta mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari dalam menghasilkan surat rasmi
• Menarik minat para peserta terhadap penulisan surat rasmi
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Kehadiran para peserta di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar pada pukul 2.15 petang
• Program bermula pada pukul 2.30 petang dengan ucapan alu-aluan dan sedikit taklimat ringkas berkaitan tentatif program
• Program diteruskan dengan agenda utama iaitu kelas bimbingan ICT tentang cara menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word. Kelas bimbingan telah dikendalikan oleh Puan Natasya Alia Binti A.Rumzi merupakan pengurus cawangan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar. Turut sama membantu sepanjang kelas berlangsung Cik Nur Aziemah Binti Md Yusuf pengurus di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Seri Kemendor
• Melalui kelas bimbingan ini, para peserta belajar tentang cara menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word. Sewaktu sesi penerangan dijalankan, para peserta juga dikehendaki untuk mengaplikasikan skill dan kemahiran yang dipelajari dengan menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word
• Selepas selesai latihan menaip surat rasmi, kuiz berkaitan Microsoft Word pula dijalankan
• Seterusnya, sesi penyampaian hadiah kepada tiga orang peserta yang berjaya menghasilkan surat rasmi dengan kesalahan yang paling minimum iaitu Nurizz Eldayana Binti Mohd Azhar 12 tahun, Putri Dania Qaisara Binti Mohd Razin 12 tahun dan Nur Dhia Qasrina Binti Hasrol 10 tahun
• Program berakhir pada pukul 5.30 petang dengan sesi fotografi bersama para petugas PEDi dan para peserta yang terlibat
Kelebihan Aktiviti :
• Memantapkan pengetahuan dalam kemahiran menaip menggunakan Microsoft Word
• Membantu para peserta menghasilkan surat rasmi mengikut format yang betul
• Menyerlahkan kreativiti dalam mengarang ayat menggunakan bahasa yang betul
• Mengetahui kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan ketika menghasilkan surat rasmi
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :