PROGRAM EDARAN SIMKAD PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA DI UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTEM)

Aktiviti terkini | 18 Januari 2023

Tempat Aktiviti:

Kafetaria Kolej Kediaman Satria, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)

Nama VIP :
• Dr Mohd Nazmin Bin Maslan, Pensyarah Kanan Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTEM Melaka
• Puan Norliza Binti Shahdan, Pengurus PEDi Taman Terendak Permai
• Puan Noor Hidayu Binti Ramli, Pengurus PEDi Taman Seri Duyong 2
• Cik Nur Aziemah Binti Md Yusuf, Pengurus PEDi Taman Seri Kemendor

Ringkasan Aktiviti:
• Pada 18 Januari 2023 bersamaan hari Rabu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) negeri Melaka bekerjasama dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) telah menganjurkan program edaran simkad Pakej Remaja Keluarga Malaysia kepada para pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM). Dalam pada itu, SKMM negeri Melaka turut berkolaborasi bersama empat buah Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) iaitu PEDi Klebang Besar, PEDi Taman Seri Kemendor, PEDi Taman Seri Duyong 2 dan PEDi Taman Terendak Permai bagi menjayakan lagi program. Turut hadir semasa program berlangsung, Dr Mohd Nazmin Bin Maslan selaku Pensyarah Kanan Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTEM Melaka. Program edaran simkad Pakej Remaja Keluarga Malaysia yang diadakan di Kafetaria Kolej Kediaman Satria UTEM Melaka telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan daripada para pelajar. Dengan penganjuran program yang berdurasi selama 3 jam diharapkan dapat membantu para pelajar memperoleh akses internet untuk pembelajaran dalam talian disamping mempertingkat produktiviti. Justeru, implikasi daripada program sebegini bukan sahaja dapat menjalinkan kerjasama di antara Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Melaka, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), malahan secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara pihak-pihak yang terlibat.

Tujuan :
• Program edaran simkad percuma melalui Pakej Remaja Keluarga Malaysia kepada para pelajar UTEM
• Penerangan tentang Pakej Remaja Keluarga Malaysia yang menawarkan pelan internet terbaik dengan harga yang mampu milik
• Pendedahan tentang 6 simkad yang ditawarkan iaitu Digi, Celcom, Hotlink, Unifi, YES dan Umobile
• Program kolaborasi di antara SKMM Negeri Melaka, UTEM Melaka dan PEDi yang terlibat

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Persiapan tempat oleh ahli jawatankuasa program sebelum program bermula
• Terdapat lebih daripada satu kaunter pendaftaran dibuka untuk melancarkan proses pelajar mengisi borang pengesahan penerimaan simkad Pakej Remaja Keluarga Malaysia
• Program bermula pada pukul 2.30 petang dengan sesi penyampaian cenderahati kepada Dr Mohd Nazmin Bin Maslan selaku Pensyarah Kanan Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTEM Melaka yang turut hadir semasa program berlangsung
• Program diteruskan dengan sesi taklimat ringkas telah disampaikan oleh pengurus PEDi Klebang Besar berkenaan pilihan simkad Pakej Remaja Keluarga Malaysia yang ditawarkan
• Seterusnya, pelajar yang berminat untuk mendapatkan simkad dikehendaki beratur kepada beberapa barisan mengikut kaunter yang dibuka untuk mengisi borang. Pelajar dikehendaki memilih satu daripada enam simkad yang ditawarkan.
• Antara simkad Pakej Remaja Keluarga Malaysia yang ditawarkan ialah Digi, Hotlink, Celcom, Umobile, YES dan Unifi
• Petugas PEDi turut membuat rakaman siaran langsung di facebook page semasa program dijalankan
• Program berakhir pada pukul 5.30 petang dengan sesi fotografi

Kelebihan Aktiviti :
• Membantu pelajar mendaftar bagi memperoleh simkad percuma melalui Pakej Remaja Keluarga Malaysia
• Membantu pelajar memperoleh akses internet untuk pembelajaran dalam talian tanpa sebarang kekangan data
• Menjalinkan kerjasama di antara SKMM Negeri Melaka, UTEM Melaka dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :