PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK DAN PROGRAM EDARAN SIMKAD PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ISKANDAR SHAH JASIN MELAKA

Aktiviti terkini | 9 Februari 2023

Tempat Aktiviti:

Perpustakaan Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah Jasin Melaka

Nama VIP :
• Para Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
• Puan Khadijah Binti Mohd Abdul Karim, Guru Penyelaras Bestari SMK Iskandar Shah Melaka
• Puan Nur Syazwani Binti Manssor, Pengurus PEDi Sungai Rambai
• Cik Mazyunyanti Binti Md Ali Hanapiah, Pengurus PEDi Taman Paya Dalam
• Cik Nur Aziemah Binti Md Yusuf, Pengurus PEDi Taman Seri Kemendor
• Cik Nur Hanum Binti Mohd Latiff, Pengurus PEDi Ayer Panas

Ringkasan Aktiviti:
Pada 9 Februari 2023 bersamaan hari Khamis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) negeri Melaka bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah menganjurkan Program Advokasi Klik Dengan Bijak dan Program Edaran Simkad Pakej Remaja Keluarga Malaysia bertempat di SMK Iskandar Shah Melaka. Dalam pada itu, SKMM negeri Melaka turut berkolaborasi bersama lima buah Pusat Ekonomi Digital (PEDi) iaitu PEDi Klebang Besar, PEDi Taman Seri Kemendor, PEDi Taman Paya Dalam, PEDi Taman Ayer Panas dan PEDi Sungai Rambai bagi menjayakan program. Turut hadir semasa program berlangsung, dua orang pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Program tersebut telah diadakan secara bersemuka di Perpustakaan SMK Iskandar Shah Melaka dengan penyertaan seramai 79 orang pelajar Tingkatan 2. Dengan penganjuran program tersebut yang berdurasi selama 6 jam, di harap sedikit sebanyak dapat memotivasikan diri para pelajar serta memupuk kesedaran untuk menghargai diri sendiri serta menghormati hak diri orang lain. Manakala menerusi Program Edaran Simkad Pakej Remaja Keluarga Malaysia diharapkan dapat membantu para pelajar memperoleh akses internet untuk pembelajaran dalam talian disamping mempertingkat produktiviti. Implikasi daripada program sebegini bukan sahaja dapat menjalinkan kerjasama di antara Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, SMK Iskandar Shah dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) malahan secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara pihak-pihak yang terlibat.

Tujuan :
• Program taklimat advokasi Klik Dengan Bijak • Penerangan tentang buli siber dan jenis penggunaan internet bermasalah
• Program edaran simkad percuma melalui Pakej Remaja Keluarga Malaysia
• Program kolaborasi di antara Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) negeri Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, SMK Iskandar Shah dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Kehadiran para petugas PEDi di Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah Melaka pada pukul 7.45 pagi
• Program bermula pada pukul 8.00 pagi dengan ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis. Seterusnya, sesi suai kenal dan pengenalan diri dari petugas PEDi bersama para peserta
• Agenda pertama iaitu taklimat tentang pengantunan dalam talian dan pengantunan seksual
• Taklimat diselang-selikan dengan sesi soalan kuiz kepada para peserta. Hadiah diberikan kepada para peserta yang dapat menjawab soalan kuiz dengan betul
• Seterusnya, perkongsian berkaitan perlindungan kanak-kanak dalam talian (COP). Penceramah berkongsi maklumat tentang Talian Kasih di 15999 untuk aduan perlindungan kanak-kanak
• Taklimat yang terakhir berkaitan buli siber dan penggunaan internet bermasalah
• Kemudian, program diteruskan dengan sesi taklimat ringkas berkenaan pilihan simkad Pakej Remaja Keluarga Malaysia yang ditawarkan
• Petugas PEDi turut membuat rakaman siaran langsung di facebook page semasa program berlangsung
• Sesi penyampaian plaque oleh pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Melaka kepada wakil PEDi yang hadir
• Program berakhir pada pukul 2.00 petang dengan sesi fotografi

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi tips tentang cara mengelakkan diri daripada terjebak dalam isu pengantunan seksual
• Memotivasikan diri para pelajar supaya dapat berhadapan dengan masalah buli siber yang memudaratkan kehidupan remaja
• Membantu pelajar mendaftar bagi memperoleh simkad percuma melalui Pakej Remaja Keluarga Malaysia
• Menjalinkan kerjasama di antara Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, SMK Iskandar Shah dan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :