KELAS STEM/IOT – LATIHAN MICROBIT

Aktiviti terkini | 24 Disember 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Taman Tangga Batu Perdana

Ringkasan Aktiviti:
• Pada 24 Disember 2023 bersamaan hari Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar dan PEDi Taman Tangga Batu Perdana telah mengadakan kolaborasi bersama iaitu kelas Latihan Microbit.
• Program ini telah diadakan secara bersemuka bertempat di Bilik Latihan ICT PEDi Tangga Batu Perdana.
• Seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak di sekitar Taman Tangga Batu Perdana telah hadir mengikuti kelas ini.
• Melalui program ini, para peserta telah diajarkan mengenali peralatan didalam set Microbit dan cara menyusun kod di dalam laman sesawang www.makecode.microbit.org.
• Program ini telah berjalan dengan lancar dengan peserta berasa gembira dan tertarik tentang bagaimana aplikasi kod yang dimuat turun didalam ‘circuit board’ Microbit dapat berfungsi dengan baik.
• Diharap program seperti ini dapat diteruskan lagi dengan peserta-peserta dapat meneroka lebih lagi berkenaan aplikasi Microbit seterusnya dapat merangsang minda kreatif kanak-kanak ini.
• Sebagai mana Hasrat Kerajaan untuk melahirkan lebih ramai lagi belia-belia yang kreatif dan cerdas dalam bidang robotik dan kejuruteraan.

Tujuan :
• Memberi tunjuk ajar serta latihan tentang penggunaan set Microbit.
• Memberi pendedahan tentang kelebihan menggunakan set Microbit dalam membina pelbagai jenis fungsi elektronik yang mudah dan menarik.
• Program kolaborasi di antara Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar dan PEDi Taman Tangga Batu Perdana.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Staf PEDi Klebang Besar bergerak ke PEDi Taman Tangga Batu Perdana untuk membuat persediaan.
• Para peserta sampai ke PEDi pada pukul 9.45 pagi dan mengambil tempat.
• Kelas bermula pada pukul 10 dengan pengenalan kepada set Microbit dan mengenal pasti komponen-komponen yang terdapat dalam set.
• Pelajar diajar bermula dari siri Pelajaran 1, 2 dan 3. Setiap topik ada sesi hands on dimana pelajar dapat mencuba sampai berjaya.
• Pelajar juga diberikan waktu rehat 5 minit pada selang setiap topik.
• Diakhir setiap topik, pelajar diberi peluang mencuba sendiri pelbagai cara dan fungsi kod yang terdapat dalam laman web ‘makecode’.
• Program tamat pada pukul 12 tengah hari dengan setiap pelajar diberikan juga saguhati setiap seorang.
• Program berakhir dengan ucapan penutup dari wakil PEDi Taman Tangga Batu Perdana. Pelajar bersurai usai itu.

Kelebihan Aktiviti :
• Menambah pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan set Microbit/
• Menyerlahkan bakat dan kreativiti para peserta dalam bidang elektronik.
• Mengisi masa terluang peserta dengan aktiviti yang merangsang minda dan berfaedah.
• Memperkenal peranan PEDi dalam menyediakan aktiviti berasaskan digitalisasi kepada Masyarakat setempat.

Nama VIP :
• Penolong Pengurus PEDi Klebang Besar Melaka, En. Muhamad Anuar Ibrahim.
• Penolong Pengurus PEDi Taman Tangga Batu Perdana, Cik Fasihah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :