PERTANDINGAN MEWARNA SAMPUL RAYA AIDILFITRI
Aktiviti terkini | 9 April 2023Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar Melaka
Nama VIP :
Cik Nur Aziemah Binti Md Yusuf, Pengurus PEDi Taman Seri Kemendor
Ringkasan Aktiviti:
Pada 9 April 2023 bersamaan hari Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar kolaborasi bersama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Seri Kemendor telah menganjurkan Pertandingan Mewarna Sampul Raya bersempena dengan ketibaan bulan istimewa iaitu bulan Syawal yang tidak lama lagi. Pertandingan ini telah diadakan secara bersemuka bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar Melaka. Seramai 12 orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah telah menyertai pertandingan ini. Aktiviti berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang positif daripada para peserta. Terdapat juga beberapa orang ibubapa yang hadir memberi galakan kepada anak mereka yang menyertai pertandingan. Objektif utama penganjuran program adalah untuk memupuk minat terhadap aktiviti yang dianjurkan dalam masa yang sama bagi meraikan kehadiran bulan Syawal. Dengan penganjuran program sebegini juga diharap dapat meningkatkan keakraban dan ukhwah di antara petugas PEDi dan juga para peserta yang terlibat. Tuntasnya, implikasi program sebegini bukan sahaja dapat menambah pengalaman baru buat para peserta, malahan secara tidak langsung dapat menyantuni komuniti setempat.
Tujuan :
• Pertandingan Mewarna Sampul Raya Aidilfitri
• Memupuk minat terhadap aktiviti yang dianjurkan dalam meraikan kehadiran bulan Syawal
• Meraikan kehadiran bulan Syawal dengan bersederhana dan penuh kemeriahan
• Manfaatkan ketibaan bulan Syawal dengan aktiviti bersama komuniti
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Kehadiran para peserta di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar Melaka pada pukul 1.30 petang
• Program bermula pada pukul 2.00 petang dengan ucapan alu-aluan daripada pengurus cawangan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar Melaka. Seterusnya, sesi suai kenal dan pengenalan diri dari para petugas PEDi bersama para peserta
• Agenda diteruskan dengan taklimat berkaitan peraturan pertandingan yang perlu dipatuhi oleh para peserta. Taklimat telah disampaikan oleh pengurus cawangan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar, Puan Natasya Alia Binti A.Rumzi
• Pertandingan mewarna sampul raya aidilfitri bermula pada pukul 2.30 petang. Aktiviti berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang positif daripada para peserta
• Seterusnya, program diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan. Tempat pertama telah dimenangi oleh adik Muhammad Amsyar Bin Khairul Anuar. Tempat kedua pula dimenangi oleh adik Nur Alieya Fatiha Binti Zul Ikrar. Manakala, tempat ketiga dimenangi oleh adik Nur Dhia Qasrina Binti Hasrol
• Sesi penyampaian hadiah turut diselang selikan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang cabutan bertuah
• Program berakhir pada pukul 4.00 petang dengan sesi fotografi bersama para petugas PEDi dan para peserta yang terlibat
Kelebihan Aktiviti :
• Program penghayatan bulan-bulan kebesaran Islam bersama komuniti setempat
• Melahirkan keizzahan bulan Syawal dengan sambutan yang qanaah
• Memberi peluang kepada para peserta untuk bergembira dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan
• Mengeratkan hubungan silaturrahim antara petugas PEDi dan juga komuniti setempat
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :