PROGRAM BIMBINGAN KEMAHIRAN ASAS DALAM PENDIDIKAN DIGITAL DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN METHODIST (ACS) MELAKA
Aktiviti terkini | 23 September 2022Tempat Aktiviti:
Makmal Komputer Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (ACS) Melaka
Nama VIP :
• Puan Mariza Binti Abdul Manan, Pegawai Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Melaka
• Encik Mohd Arif Bin Haron, Pegawai Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Melaka
• Nurfarahin Binti Asnur, Pegawai Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Melaka
• Puan Hajah Rafeah Binti Haji Juni, Guru Penolong Kanan Kokurikulum
• Puan Siti Salmiah Binti Selamat, Guru Penolong Kanan Program Pendidikan Khas Integriti
• Puan Saudi Binti Marikan, Kaunselor Sekolah Kebangsaan Lereh Melaka
• Puan Krishnaveni A/P Achebabu, Guru Penyelaras Program Sekolah Kebangsaan Lereh Melaka
• Puan Hamizah Binti Mohamed Razalli, Rakan Digital Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar
Ringkasan Aktiviti:
Sekolah Kebangsaan Lereh Melaka mengadakan program ceramah advokasi berkaitan pengantunan seksual dengan tajuk ‘Kerana Diriku Amat Berharga’. Program ini melibatkan penyertaan dari semua pelajar Tahun 4, 5 dan 6 Sekolah Kebangsaan Lereh Melaka. Lanjutan itu, Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Melaka telah memilih dua orang petugas dari Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) untuk menyampaikan taklimat bagi program advokasi tersebut. Dua orang petugas yang terlibat ialah Cik Natasya Alia Binti A.Rumzi merupakan pengurus cawangan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar dan Cik Nur Aziemah Binti Md Yusuf merupakan pengurus cawangan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Seri Kemendor. Selain itu, terdapat tiga orang pegawai dari Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Melaka turut hadir semasa program berlangsung iaitu Puan Nurmariza Binti Abdul Manan, Encik Arif Bin Haron dan Puan Nurfarahin Binti Asnur. Program tersebut telah diadakan secara bersemuka di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Lereh Melaka dengan penyertaan seramai 476 orang pelajar. Matlamat utama program adalah untuk melahirkan para pelajar yang sedar tentang perubahan gaya hidup apabila menjejak usia remaja. Dengan penganjuran program tersebut yang berdurasi selama 2 jam 30 minit, diharap sedikit sebanyak dapat memotivasikan diri para pelajar serta memupuk kesedaran untuk menghargai diri sendiri serta menghormati hak diri orang lain. Di samping itu juga, implikasi daripada program sebegini bukan sahaja dapat menjalinkan kerjasama di antara Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi),
Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Melaka dan Sekolah Kebangsaan Lereh Melaka, malahan secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan antara tiga pihak.
Tujuan :
• Kehadiran para petugas PEDi dari PEDi Klebang Besar dan PEDi Taman Seri Kemendor di Sekolah Kebangsaan Lereh Melaka pada pukul 1.30 petang
• Program bermula pada pukul 2.00 petang dengan ucapan alu-aluan dari pengerusi majlis. Seterusnya, sesi suai kenal dan pengenalan diri dari petugas PEDi bersama para peserta
• Agenda pertama iaitu taklimat tentang pengantunan dalam talian dan pengantunan seksual
• Taklimat diselang-selikan dengan sesi soalan kuiz kepada para peserta. Hadiah diberikan kepada para peserta yang dapat menjawab soalan kuiz dengan betul
• Seterusnya, perkongsian berkaitan perlindungan kanak-kanak dalam talian (COP). Penceramah berkongsi maklumat tentang Talian Kasih di 15999 untuk aduan perlindungan kanak-kanak
• Taklimat yang terakhir berkaitan buli siber dan penggunaan internet bermasalah
• Sesi penyampaian sijil penghargaan dan plaque dari pihak sekolah kepada penceramah dan pegawai (MCMC) yang hadir
• Program berakhir pada pukul 4.30 petang dengan sesi rakaman video bersama para peserta dan sedikit jamuan ringan
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Kehadiran para petugas PEDi Kluster Melaka Tengah iaitu dari PEDi Klebang Besar dan PEDi Terendak Permai di Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (ACS) Melaka pada pukul 9.15 pagi
• Program bermula pada pukul 9.30 pagi dengan sesi suai kenal dan pengenalan diri dari petugas PEDi bersama para peserta
• Program diteruskan dengan slot pertama iaitu pengenalan tentang Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) berserta perkhidmatan yang disediakan
• Program diteruskan lagi dengan slot kedua iaitu penerangan tentang asas penggunaan aplikasi Canva
• Seterusnya, petugas PEDi memberi tunjuk ajar tentang cara mendaftar akaun Canva secara percuma, memilih template resume yang sedia ada, memasukkan dan menyunting imej, teks dan ikon ke dalam template resume yang dipilih.
• Kemudian, petugas PEDi berkongsi tentang cara memuat turun hasil penciptaan resume yang telah disiapkan dalam format yang tersedia.
• Aktiviti seterusnya, para peserta dikehendaki mencipta resume masing-masing dengan menggunakan aplikasi Canva
• Sesi penyampaian hadiah diberikan kepada 5 orang pelajar yang terpilih kerana berjaya mencipta resume yang menarik dan kreatif
• Program berakhir pada pukul 12.30 tengahari dengan sesi penyampaian sijil dari PEDi Kluster Melaka Tengah kepada pihak sekolah dan sesi fotografi bersama para peserta.
Kelebihan Aktiviti :
• Memberi tips tentang cara mengelakkan diri daripada terjebak dalam isu pengantunan seksual
• Memotivasikan diri para pelajar supaya dapat berhadapan dengan masalah seksual yang memudaratkan kehidupan remaja
• Menjalinkan kerjasama di antara Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Melaka, Sekolah Kebangsaan Lereh Melaka dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :