PROGRAM SULAM: KLIK DENGAN BIJAK DI SMK TUN HAJI ABDUL MALEK MELAKA
Aktiviti terkini | 7 Disember 2022Tempat Aktiviti:
Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek Melaka
Nama VIP :
• Encik Mohd Arif Bin Haron, Pegawai Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Melaka
• Puan Nurfarahin Binti Asnur, Pegawai Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Melaka
• Para pegawai dari Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
• Para pensyarah dari UiTM Negeri Melaka
• Para guru SMK Tun Haji Abdul Malek Melaka
• Pelajar jurusan Diploma Komunikasi dan Media UiTM Negeri Melaka
• Pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) UiTM Negeri Melaka
• Puan Nor’Aqilah Binti Zulhisham, Pengurus Cawangan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Tangga Batu Perdana
• Cik Fasihah Binti Ahmad, Penolong Pengurus Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Tangga Batu Perdana
• Puan Hamizah Binti Mohamed Razalli, Rakan Digital Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar
Ringkasan Aktiviti:
Pada 7 Disember 2022 bersamaan hari Rabu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) negeri Melaka telah menganjurkan sebuah program yang diberi nama ‘Program SULAM: Klik Dengan Bijak’.
Program ini melibatkan penyertaan dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 atas dan Tingkatan 6 bawah sebagai peserta program. Dalam pada itu, SKMM negeri Melaka turut berkolaborasi bersama Pusat
Pengajian Komunikasi dan Multimedia UiTM Negeri Melaka, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar dan
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Tangga Batu Perdana bagi menjayakan program tersebut. Di samping itu, fasilitator program pula merupakan pelajar dari jurusan Diploma Komunikasi dan
Media UiTM Negeri Melaka. Malahan, fasilitator program turut dipantau oleh pelajar dari jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) UiTM Negeri Melaka. Turut hadir sepanjang program
berlangsung, dua orang pegawai SKMM Negeri Melaka iaitu Encik Arif Bin Haron selaku penolong pengarah serta Puan Farahin Binti Asnur. Program tersebut telah diadakan secara bersemuka di Dewan
SMK Tun Haji Abdul Malek Melaka. Dengan penganjuran program tersebut yang berdurasi selama 6 jam diharapkan dapat mendidik dan meningkatkan kesedaran para peserta tentang keselamatan dan perlindungan di Internet.
Justeru, implikasi daripada program sebegini bukan sahaja dapat menjalinkan kerjasama di antara Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi), Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Negeri Melaka,
Pusat Pengajian Komunikasi dan Multimedia UiTM Negeri Melaka, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan SMK Tun Haji Abdul Malek, malahan secara tidak langsung dapat
merapatkan hubungan antara pihak-pihak yang terlibat.
Tujuan :
• Penerangan tentang program advokasi Klik Dengan Bijak
• Pendedahan tentang keselamatan dan perlindungan di Internet
• Perkongsian berkaitan Pakej Remaja Keluarga Malaysia bagi membantu golongan remaja dan pelajar
• Program kolaborasi di antara SMK Tun Haji Abdul Malek Melaka, SKMM Negeri Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Pusat Pengajian Komunikasi dan Multimedia UiTM Negeri Melaka dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)
Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Persiapan tempat oleh jawatankuasa program dan agihan pek sarapan pagi kepada para peserta
• Program bermula pada pukul 9.00 pagi dengan bacaan doa. Kemudian diteruskan dengan taklimat ‘Program SULAM: Klik Dengan Bijak’ oleh ketua jawatankuasa program
• Seterusnya pembahagian peserta kepada beberapa kumpulan yang mana setiap kumpulan mempunyai mentor dan mentee
• Pergerakan setiap kumpulan ke lokasi yang ditetapkan untuk aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) telah dikendalikan oleh mentor dan mentee
• Pada pukul 12.30 tengahari, para peserta berkumpul semula di dewan untuk aktiviti pendaftaran dan edaran simkad Pakej Remaja Keluarga Malaysia. Pelajar yang berminat perlu memilih satu daripada enam pilihan simkad iaitu Digi,
Maxis, Umobile, Unifi, Yes atau Celcom.
• Seterusnya, slot kuiz MyCyberGenius dikendalikan oleh pegawai dari SKMM Negeri Melaka
• Program berakhir pada pukul 2.00 petang dengan sesi fotografi beramai-ramai dan jamuan makan tengahari
Kelebihan Aktiviti :
• Mendidik dan meningkatkan kesedaran para peserta tentang keselamatan dan perlindungan di Internet
• Membudayakan penggunaan Internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab
• Membantu peserta memperoleh akses Internet untuk pembelajaran dalam talian melalui Pakej Remaja Keluarga Malaysia
• Menjalinkan kerjasama di antara SMK Tun Haji Abdul Malek Melaka, SKMM Negeri Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Pusat Pengajian Komunikasi dan Multimedia UiTM Negeri Melaka dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :