Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Klebang merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri Melaka, Malaysia. Ia terletak berhampiran Tanjung Kling. Klebang dibahagikan kepada dua bahagian, Klebang Besar dan Klebang Kecil.

Klebang merupakan bahagian Melaka Tengah yang kedudukan di tengah antara Bandar Melaka dan juga Sungai Udang. Klebang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, Klebang Besar dan juga Klebang Kecil. Klebang Besar merupakan kawasan klebang yang mempunyai Pantai Klebang, mengunjur sehingga ke kawasan Balik Buloh, Klebang Kecil pula bermula dari kawasan Pokok Mangga sehingga ke Masjid Klebang Besar.

Klebang besar mempunyai beberapa kawasan kampung antaranya Pulau Gadong, Kampung Permatang, Balik Buloh yang menganjur sehingga ke arah Bertam Perdana, Cheng. Jalan Pulau Gadong merupakan laluan utama kenderaan dari sungai Udang untuk ke Bandarraya Melaka melalui Lebuh AMJ (Alorgajah- Melaka- Jasin).

Di kawasan Pantai Klebang, kerajaan Negeri telah pun menambak kawasan pantai tersebut untuk dijadikan kawasan rekreasi untuk penduduk melaka, kawasan tambak ini mengunjur sehingga ke pantai Kundor, Tanjung Kling (dikenali juga sebagai Pantai Puteri).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


IQ Test

21 November 2015 | Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan menguji intelektual pelajar yang berusia 8 hingga 14 tahun dalam menyelesaikan soalan KBKK... klik untuk baca lagi

HARI SUKAN NEGARA : BERJALAN 10 000 LANGKAH

10 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini

Program ini diadakan di kawasan Empangan Klebang Besar. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyahut seruan kerajaan untuk kekal sihat dan cergas... klik untuk baca lagi

Draughts Competition / Pertandingan Dam

23 Ogos 2015 | Aktiviti Terkini

Menguji kreativiti, Ketelitian dan IQ peserta dalam pertandingan Dam. Peserta menggunakan pengetahuan dan kemahiran pada diri sendiri untuk... klik untuk baca lagi

HARI TERBUKA PI1M KLEBANG BESAR RAYA BERSAMA PENDUDUK KAMPUNG

26 Julai 2015 | Aktiviti Terkini

Satu program Hari Terbuka telah diadakan. Program ini adalah gabungan bersama PI1M Klebang Besar & Pend. Kg. Klebang Besar. Program ini mendapat sambutan yang memberangsangkan. Pengunjung sangat teruja dan... klik untuk baca lagi

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK @ SMK TINGGI MELAKA

18 Apr 2015 | Aktiviti Terkini

Satu program Klik Dengan Bijak bersama guru-guru dan pekerja SMK Tinggi Melaka telah diadakan. Lebih 150 orang guru dan pekerja menyertainya. Program ini adalah gabungan bersama PI1M Umbai, PI1M Klebang Besar, PI1M Sg Rambai & PI1M Merlimau dan mendapat sambutan yang memberangsangkan... klik untuk baca lagi

WORD SEARCH PART 1

21 Mac 2015 | Aktiviti Terkini

Melihat kreativiti peserta serta pengetahuan yang ada dalam mencari perkataan yang tersembunyi dengan cepat dan pantas.Selain itu,dapat mengetahui setakat mana IQ peserta secara kreatif mendapatkan jawapan dalam cara apa sekalipun. Tetapi peserta haruslah mendapat jawapan dengan cepat dan pantas bagi memenagi tempat pertama hingga ketiga. Peserta juga tidak dibenarkan meniru peserta lain dan haruslah menggunakan kreativiti sendiri bagi mendapatkan jawapan... baca lagi

PI1M Sumber Inspirasiku

15 Feb 2015 | Aktiviti Terkini

Melihat kreativiti dan IQ peserta dalam menghasilkan karangan mengikut tajuk yang diberikan.Selain itu dapat melihat kreativiti peserta dalam menghasilkan karangan pendek mengenai latar belakang diri dan inspirasi yang mereka perolehi ketika belajar di Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M).Tetapi peserta haruslah menggunakan pengetahuan yang di pelajari semasa di kelas ICT untuk di praktikan bagi menghasilkan karangan yang baik, tepat, padat dan berkualiti... baca lagi

MEREKA KAD UCAPAN TAHUN BARU

18 Jan 2015 | Aktiviti Terkini

Peserta sangat teruja untuk Mereka Kad Ucapan masing-masing dengan kreativiti dan inovasi bagi menghasilkan kad ucapan yang cantik dan menarik... baca lagi