Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Klebang merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri Melaka, Malaysia. Ia terletak berhampiran Tanjung Kling. Klebang dibahagikan kepada dua bahagian, Klebang Besar dan Klebang Kecil.

Klebang merupakan bahagian Melaka Tengah yang kedudukan di tengah antara Bandar Melaka dan juga Sungai Udang. Klebang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, Klebang Besar dan juga Klebang Kecil. Klebang Besar merupakan kawasan klebang yang mempunyai Pantai Klebang, mengunjur sehingga ke kawasan Balik Buloh, Klebang Kecil pula bermula dari kawasan Pokok Mangga sehingga ke Masjid Klebang Besar.

Klebang besar mempunyai beberapa kawasan kampung antaranya Pulau Gadong, Kampung Permatang, Balik Buloh yang menganjur sehingga ke arah Bertam Perdana, Cheng. Jalan Pulau Gadong merupakan laluan utama kenderaan dari sungai Udang untuk ke Bandarraya Melaka melalui Lebuh AMJ (Alorgajah- Melaka- Jasin).

Di kawasan Pantai Klebang, kerajaan Negeri telah pun menambak kawasan pantai tersebut untuk dijadikan kawasan rekreasi untuk penduduk melaka, kawasan tambak ini mengunjur sehingga ke pantai Kundor, Tanjung Kling (dikenali juga sebagai Pantai Puteri).



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM PEMAKANAN SIHAT & SARINGAN KESIHATAN KOMUNITI PULAU GADONG

6 Disember 2014 | Aktiviti Terkini

Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang... baca lagi

KUIZ PENGHAYATAN ISLAM

29 November 2014 | Aktiviti Terkini

Menguji pengetahuan peserta dalam ilmu agama serta pengetahuan tentang peribadi Rasulullah S.A.W... baca lagi

SUKANEKA

26 Oktober 2014 | Aktiviti Terkini

Melihat kepantasan dan kerja berpasukan dalam melakukan aktiviti yang dirancangkan oleh Pengurus... baca lagi

PART II - Jigsaw PUzzle (96 Pieces)

6 September 2014 | Aktiviti Terkini

Melihat bagaimana peserta menyusun puzzle... baca lagi

KDB @ SMK SULTAN ABU BAKAR MUAR

20 Ogos 2014 | Aktiviti Terkini

Satu program Klik Dengan Bijak bersama pelajar SMK(P) Sultan Abu Bakar Muar telah diadakan... baca lagi

JIGSAW PUZZLE (1000 PIECES)

13 Julai 2014 | Berita Semasa

Melihat kepantasan dan menguji minda peserta dalam menyusun puzzle... baca lagi

FEED FRIBBIT ADDITION (+)

15 Jun 2014 | Aktiviti Terkini

Menguji kepantasan peserta dalam matematik iaitu operasi tambah. Selain itu melihat kepekaan peserta dalam mengharugi halangan dan rintangan yang terdapat dalam permainan ini... baca lagi

Typing Test Faster (Microsoft Word 2013)

11 Mei 2014 | Aktiviti Terkini

Menguji kepantasan peserta dalam menaip dan melihat bagaimana peserta menaip tanpa kesalahan tatabahasa dan koman... baca lagi

Klik Dengan Bijak (KDB)

13 April 2014 | Aktiviti Terkini

Menguji minda peserta dalam menjawab soalan dan kepekaan peserta dalam menonton video yang ditunjukkan... baca lagi

Finding & Puzzle Games

30 Mac 2014 | Aktiviti Terkini

Menguji minda peserta dalam mencari objek yang tersembunyi. Melihat bagaimana kepantasan peserta dalam mencari serta menyusun gambar-gambar supaya menjadi suatu objek... baca lagi

Online Games (5 SIMILARITIES)

23 Februari 2014 | Berita Semasa

Menguji minda peserta dalam mencari objek yang sama dalam games online. Selain itu melihat kepantasan peserta dalam pertandingan ini dan berapa banyak markah yang diperolehi serta yang paling tinggi akan diumumkan sebagai pemenang... baca lagi

Pertandingan Mencari benda tersembunyi

26 Januari 2014 | Aktiviti Terkini

Menguji minda peserta dalam mencari barang-barang yang tersembunyi. Selain itu aktiviti ini juga melihat kepantasan peserta serta berapa lama masa yang diambil untuk menyelesaikan aktiviti mencari barang-barang yang tersembunyi... baca lagi