KELAS LATIHAN ICT – PENGENALAN WEBCAM

Aktiviti terkini | 14 Januari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Klebang Besar

Ringkasan Aktiviti:
• Pada 14 Januari 2024 bersamaan hari Ahad, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Klebang Besar telah menganjurkan kelas ICT dengan tajuk - Pengenalan kepada Webcam.
• Kelas ini telah dihadiri oleh kanak-kanak sekitar PEDi ini sendiri seramai 7 orang peserta.
• Program ini bermula pada pukul 2 petang sehingga pukul 4 petang dengan sambutan yang diterima adalah baik.
• Di dalam kelas ini peserta diajar tentang cara menggunakan aplikasi Webcam di komputer dan jenis serta kegunaan yang betul untuk menggunakan Webcam.
• Diakhir pelajaran ini, peserta dapat mengenalpasti Webcam dan tahu menggunakan aplikasi tersebut dengan betul. Disamping itu, di akhir kelas, peserta juga menyertai kelas lain yang diadakan seperti Kelas Canva.

Tujuan :
• Memberi tunjuk ajar serta latihan tentang penggunaan ‘Webcam’
• Memberi pendedahan tentang cara dan fungsi ‘Webcam’ yang betul, termasuk kelebihan dan jenis-jenis ‘Webcam’ yang boleh dijumpai di pasaran.
• Meningkatkan pengetahuan peserta tentang aplikasi komputer yang boleh digunakan dalam pembelajaran.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Peserta hadir di PEDi Klebang pada pukul 2 hingga 2.30 petang.
• Peserta diminta menulis butiran diri seperti nama, no. Mykid, dan Alamat. Kemudian mereka mengambil tempat masing-masing.
• Peserta dijelaskan tentang tujuan kelas diadakan dan pengenalan kepada topik.
• Peserta ditunjukkan tentang contoh ‘Webcam’ di komputer dan jenis yang lain di Google Image. Sesudah penerangan diberikan, peserta diminta membuka aplikasi ‘Webcam’ di komputer masing-masing dan diberikan peluang meneroka fungsi dan kegunaannya. Kemudian peserta diberikan sedikit kuiz mudah untuk menguji kefahaman mereka.

Kelebihan Aktiviti :
• Menambah pengetahuan tentang penggunaan ‘Webcam’.
• Membantu pelajar menambah baik kualiti Pelajaran di masa hadapan.
• Mengisi masa terluang peserta dengan aktiviti yang merangsang minda dan berfaedah.
• Memperkenal peranan PEDi dalam menyediakan aktiviti berasaskan digitalisasi kepada Masyarakat setempat.

Nama VIP :
• Penolong Pengurus PEDi Klebang Besar, En. Muhamad Anuar Ibrahim.
• Pengurus PEDi Klebang Besar, Puan Nur Raza’anah Nabila

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :