KELAS ICT – BUKA AKAUN EMEL/GMAIL

Aktiviti terkini | 8 Februari 2024

Tempat Aktiviti:
PEDi Klebang Besar, Melaka

Ringkasan Aktiviti:
• Pada 8 Februari 2024, pihak PEDi Klebang Besar telah mengadakan satu kelas tutorial tentang cara membuka akaun emel menggunakan aplikasi Gmail.
• Kelas ini dihadiri oleh 5 orang peserta yang terdiri dari kanak-kanak sekitar PEDi, dan peserta diajarkan tentang cara-cara yang betul untuk membuka akaun emel dan selok belok dalam menggunakan akaun emel.
• Diakhir kelas, peserta dapat membuka akaun emel masing-masing.

Tujuan :
• Memberi ilmu dan pendedahan terhadap penggunaan akaun emel.
• Membantu pelajar membuka akaun emel dengan betul, termasuk fungsi-fungsi yang terdapat dalamnya seperti inbox, draft, sent message, dan compose.
• Peserta dapat mengenalpasti ciri keselamatan yang berkesan semasa membuka akaun emel.

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Pelajar hadir ke PEDi dan mengisi kehadiran.
• Peserta diperkenalkan tentang maksud emel dan kegunaan. Pelajar juga ditunjukkan jenis-jenis emel yang terdapat di laman web selain dari Gmail.
• Peserta turut diterangkan kelebihan Gmail, dan langkah-langkah membuka akaun Gmail. Sesudah log masuk, pelajar ditunjukkan tentang fungsi tab menu yang ada di dalam nya. Pelajar juga ditunjukkan fungsi ’Setting’ atau tetapan dimana mereka boleh mengubah tetapan emel mereka seperti kata laluan.
• Kelas berakhir dengan mereka diberi peluang mereka nama emel mereka sendiri dan turut diberi saguhati sebelum bersurai.

Kelebihan Aktiviti :
• Menambah pengetahuan peserta tentang apa itu akaun emel, kegunaan dan cara menggunakannya.
• Peserta dapat mengetahui tentang cara menggunakan emel dengan betul dan kelebihan menggunakan akaun emel dalam pembelajaran.

Nama VIP :
• Nur Raza’anah Nabila binti Rashid
• Muhamad Anuar bin Ibrahim

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :