LAWATAN DARI UGANDA COMMUNICATIONS COMMISSION (UCC) KE PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDI) KLEBANG BESAR

Aktiviti terkini | 11 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar Melaka

Nama VIP :
• Mr James Beronda, Head Technical Services (USF) Uganda Communications Commission (UCC)
• Mr Kenneth Sseguya, Senior Officer Litigation Uganda Communications Commission (UCC)
• Mr Arnold Mujuni, Manager Projects (USF) Uganda Communications Commission (UCC)
• Delegasi dari Malaysian Communications Multimedia Commission (MCMC) Negeri Melaka
• Digi Telecommunications Sdn Bhd
• Creative Century Management Sdn Bhd
• Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Seri Kemendor
• Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Paya Dalam
• Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Seri Duyong 2

Ringkasan Aktiviti:
Pada 11 Ogos 2022 bersamaan hari Khamis, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar Melaka telah menerima kunjungan dan lawatan dari Uganda Communications Commission (UCC) diketuai oleh Mr James Beronda, Mr Kenneth Sseguya, Mr Arnold Mujuni seterusnya delegasi dari Malaysian Communications Multimedia Commission (MCMC) Negeri Melaka, Digi Telecommunications Sdn Bhd dan Creative Century Management Sdn Bhd. Disamping itu, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Seri Kemendor, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Paya Dalam dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Seri Duyong 2 turut mengambil bahagian dalam menjayakan program ini. Justeru, lawatan sebegini secara langsung dapat merapatkan hubungan antara Malaysia dengan negara luar selain dapat membantu membawa perkembangan yang baik kepada negara.

Tujuan :
• Lawatan Uganda Communications Commission (UCC) ke Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar
• Pengenalan tentang profil Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada penduduk setempat
• Perkongsian tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar
• Pameran produk usahawan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar

Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Ketibaan para tetamu ke Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar pada pukul 10.00 pagi
• Ucapan alu-aluan dan selamat datang daripada pengurus cawangan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar
• Sedikit jamuan ringan bersama para tetamu yang hadir
• Sesi pembentangan berkaitan profil dan latar belakang Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar oleh pengurus cawangan
• Sesi perkongsian produk dari para usahawan yang hadir
• Sesi demonstrasi mikrobit kolabrasi bersama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Seri Kemendor dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Paya Dalam
• Aktiviti diteruskan lagi dengan sesi tandatangan oleh wakil dari Uganda Communications Commission (UCC) yang hadir iaitu Mr James Beronda, Mr Kenneth Sseguya dan Mr Arnold Mujuni
• Sesi pemberian cenderahati kepada tetamu jemputan sebagai penghargaan dan kenang-kenangan
• Aktiviti berakhir dengan sesi fotografi bersama para tetamu dan para usahawan yang hadir

Kelebihan Aktiviti :
• Pendedahan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar
• Dapat melihat sendiri produk yang dihasilkan oleh para usahawan
• Perkongsian pandangan dan idea dalam membantu usahawan menambah pendapatan dan memperluas pasaran produk
• Menjalinkan kerjasama dan merapatkan hubungan di antara Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi), Uganda Communications Commission (UCC), Malaysian Communications Multimedia Commission (MCMC) dan Digi Telecommunication Sdn Bhd

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :