KENALI MALAYSIA KITA

Aktiviti terkini | 13 September 2021

Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Internet Komuniti Klebang Besar

Ringkasan Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Klebang Besar telah menganjurkan sebuah program bual bicara bersempena sambutan Hari Malaysia bertajuk ‘Kenali Malaysia Kita’ yang berdurasi selama 1 jam. Salah satu inisiatif program ini diadakan bertujuan untuk menghayati dengan lebih mendalam makna disebalik tarikh penting 16 September 1963, selain untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Justeru, semangat patriotik amatlah penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negara dan pastinya akan menjadi individu yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.


Tujuan :
• Penerangan tentang pembentukan negara Malaysia pada 16 September 1963 yang mempunyai 13 buah negeri kesemuanya
• Penerangan tentang maksud Rukun Negara yang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sebagai falsafah negara
• Perkongsian tentang demografi penduduk di Malaysia yang berbilang kaum, agama dan keturunan
• Program kolaborasi antara Pusat Internet Komuniti Klebang Besar, Pusat Internet Komuniti Taman Seri Kemendor dan Pusat Internet Komuniti Taman Terendak Permai


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Moderator memperkenalkan diri selaku penolong pengurus di Pusat Internet Komuniti yang terlibat
• Moderator memulakan sesi perkongsian dengan penerangan berkaitan maksud Rukun Negara
• Moderator meneruskan dengan huraian tentang sejarah serta kepentingan Rukun Negara
• Moderator menerangkan tentang 13 buah negeri di Malaysia berserta bendera bagi setiap negeri
• Moderator membaca komen dari penonton serta menjawab soalan yang diajukan
• Moderator menutup sesi perkongsian dengan ucapan Selamat Hari Malaysia yang ke-58


Kelebihan Aktiviti :
• Mengimbau kembali sejarah pembentukan negara Malaysia bermula dari bulan Mei 1961
• Memupuk penghayatan terhadap lima prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara
• Memupuk perwatakan nasional dalam kalangan rakyat Malaysia
• Menyuntik semangat bertoleransi, hormat menghormati dan sentiasa mengamalkan perpaduan


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :