JANGAN MALU! AYUH TINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Aktiviti terkini | 9 September 2021

Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Internet Komuniti Klebang Besar

Nama VIP:
Kaunselor Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH), Encik Za’im Addli Bin Meskam


Ringkasan Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Klebang Besar telah menganjurkan sebuah program bual bicara bertajuk ‘Jangan Malu! Ayuh Tingkatkan Keyakinan Diri’ yang berdurasi selama 1 jam. Panel jemputan bagi program ini merupakan seorang kaunselor berdaftar yang sangat arif khususnya dalam menyampaikan perkongsian berkaitan perkembangan imej kendiri. Program ini juga khas untuk semua golongan masyarakat dari pelbagai peringkat yang memerlukan motivasi untuk membina keyakinan diri. Apatah lagi, masalah keyakinan diri berpunca daripada kegagalan, trauma mahupun apa sahaja yang dapat menjatuhkan diri seseorang. Justeru, program sebegini sedikit sebanyak dapat memberi suntikan semangat kepada masyarakat dalam menyerlahkan lagi potensi diri.


Tujuan :
• Pendedahan tentang kepentingan membina keyakinan diri sebagai salah satu kunci kejayaan dalam hidup
• Memberi pengetahuan berkaitan tips-tips untuk meningkatkan keyakinan diri
• Memberi pengetahuan tentang kepentingan melakukan persediaan dan kemahiran sampingan yang mempengaruhi imej kendiri seseorang individu
• Program kerjasama antara Pusat Internet Komuniti Klebang Besar bersama Encik Za’im Addli Bin Meskam selaku kaunselor dari Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH)


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Moderator memperkenalkan diri selaku pengurus di Pusat Internet Komuniti Klebang Besar
• Moderator berkongsi maklumat berkaitan latar belakang panel jemputan
• Panel jemputan memulakan sesi perkongsian dengan menerangkan definisi berkaitan ‘Keyakinan Diri’
• Panel jemputan meneruskan penerangan berkaitan tips-tips untuk meningkatkan keyakinan diri
• Moderator membuka ruang untuk sebarang soalan yang ingin dikemukakan daripada penonton
• Panel jemputan menjawab soalan yang diajukan dengan huraian yang terperinci
• Moderator menutup sesi perkongsian dengan membuat kesimpulan berkaitan kepentingan membina keyakinan diri yang bermula daripada proses transformasi minda


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan membina keyakinan diri yang memerlukan proses berterusan
• Mengupas dengan lebih lanjut tips-tips untuk meningkatkan keyakinan diri
• Pendedahan tentang cadangan latihan yang boleh dipraktikkan untuk meningkatkan keyakinan diri
• Menyuntik semangat masyarakat supaya membina tabiat berfikiran positif


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :