MAKANAN DAN MINUMAN KESIHATAN

Aktiviti terkini | 7 Oktober 2021

Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Internet Komuniti Klebang Besar

Ringkasan Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Klebang Besar telah menganjurkan sebuah program bual bicara bertajuk ‘Makanan Dan Minuman Kesihatan’ yang berdurasi selama 1 jam. Panel jemputan bagi program ini merupakan seorang ahli perniagaan dari salah sebuah syarikat terkemuka yang menawarkan produk minuman kesihatan iaitu ‘Berry Mix’. Di samping itu, ‘Berry Mix’ juga selamat untuk diamalkan selain mendapat pengiktirafan halal dari JAKIM serta kelulusan dari ISO. Justeru, program ini juga diharapkan dapat memberi panduan kepada orang ramai khususnya ibu bapa untuk cakna berkaitan penyediaan makanan dan minuman kesihatan kepada keluarga dan anak-anak.


Tujuan :
• Memberi pengetahuan tentang kesan pengambilan makanan dan minuman yang mempengaruhi kesihatan individu
• Perkongsian tentang khasiat jus ‘Berry Mix’ yang mengandungi buah delima, anggur hitam, brokoli serta kaya dengan vitamin C
• Program kerjasama antara Pusat Internet Komuniti Klebang Besar, Pusat Internet Komuniti Taman Seri Kemendor dan Pusat Internet Komuniti Taman Terendak Permai bersama Encik Shamsuddin Bin Ali selaku ahli perniagaan produk minuman kesihatan


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Moderator memperkenalkan diri serta berkongsi maklumat tentang kepentingan pengambilan makanan dan minuman kesihatan
• Moderator memperkenal latar belakang berkaitan panel jemputan. Beliau merupakan ahli perniagaan dari salah sebuah syarikat terkemuka iaitu TDC Holding Sdn Bhd
• Moderator berkongsi sebuah tayangan video berkaitan produk minuman kesihatan iaitu ‘Berry Mix’
• Panel jemputan menerangkan secara terperinci kelebihan jus ‘Berry Mix’ yang mengandungi buah delima, anggur hitam, brokoli serta kaya dengan sumber vitamin C
• Panel jemputan berkongsi tentang cara penyediaan jus ‘Berry Mix’ yang disarankan
• Panel jemputan menjawab soalan yang diajukan dengan huraian terperinci
• Moderator menutup sesi perkongsian dengan membuat kesimpulan berkaitan kepentingan pengambilan makanan dan minuman yang sihat untuk mengekalkan kesihatan selain mencegah penyakit


Kelebihan Aktiviti :
• Pendedahan tentang kepentingan pengambilan makanan sihat yang perlu dititik beratkan semasa pandemik covid
• Perkongsian berkaitan khasiat pengambilan jus minuman kesihatan yang dapat membantu menguatkan sistem imun badan
• Menyuntik semangat masyarakat supaya sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :