BARISAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Aktiviti terkini | 26 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Internet Komuniti Klebang Besar

Ringkasan Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Klebang Besar telah menganjurkan sebuah program bicara bersempena bulan kemerdekaan bertajuk ‘Barisan Perdana Menteri Malaysia’. Salah satu inisiatif program ini diadakan bertujuan untuk memperkenal barisan Perdana Menteri Malaysia bermula dari Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Perdana Menteri Malaysia yang pertama hingga yang terkini iaitu Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob. Program ini juga diadakan bagi menyuntik semangat dalam kalangan masyarakat supaya menghormati dan menghargai jasa pemimpin negara yang telah banyak berkorban dan menabur bakti pada negara.


Tujuan :
• Pengenalan tentang sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara Malaysia
• Memberi pengetahuan tentang peranan dan tugas-tugas Perdana Menteri
• Perkongsian tentang cara perlantikan Perdana Menteri
• Perkongsian tentang barisan Perdana Menteri Malaysia bermula dari Perdana Menteri pertama hingga yang terkini


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Moderator memperkenalkan diri selaku pengurus di Pusat Internet Komuniti
• Moderator memulakan sesi perkongsian dengan penerangan berkaitan negara Malaysia yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan iaitu Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Negara
• Moderator meneruskan dengan huraian tentang peranan dan tugas-tugas seorang Perdana Menteri
• Moderator memperkenal latar belakang barisan Perdana Menteri di Malaysia bermula dari Perdana Menteri pertama hingga yang terkini
• Moderator membaca komen dari penonton serta menjawab soalan yang diajukan
• Moderator menutup sesi perkongsian dengan membuat kesimpulan berkaitan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang member impak kepada kestabilan dalam sistem pemerintahan negara


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang sistem demokrasi berparlimen dibawah pentadbiran raja berperlembagaan yang diamalkan di negara Malaysia
• Mengupas dengan lebih lanjut tentang peranan dan tugas-tugas Perdana Menteri
• Memberi pengetahuan tentang latar belakang barisan Perdana Menteri di Malaysia bermula dari Perdana Menteri pertama hingga yang terkini
• Menyuntik semangat masyarakat supaya menghormati dan menghargai jasa pemimpin negara


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :