PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DAN KESANNYA

Aktiviti terkini | 21 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Internet Komuniti Klebang Besar

Ringkasan Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Klebang Besar telah menganjurkan sebuah program siaran langsung bertajuk ‘Penggunaan Media Sosial dan Kesannya’. Salah satu inisiatif program ini diadakan bertujuan untuk membincangkan berkaitan cabaran penggunaan media sosial pada masa kini. Sememangnya terdapat kebaikan dalam penggunaan media sosial, namun tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat turut terdedah dengan sisi negatif daripada penggunaan media sosial. Justeru, sedikit sebanyak perkongsian ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menggunakan media sosial secara berhemah dan tidak menyalahgunakan kemudahan teknologi yang ada


Tujuan :
• Pengenalan tentang definisi media sosial dan jenis-jenisnya seperti Facebook, Twitter, YouTube, Instagram dan sebagainya
• Penerangan tentang kebaikan dan keburukan kesan daripada penggunaan media sosial
• Memberi pengetahuan tentang impak ketagihan daripada penggunaan media sosial
• Memberi pengetahuan tentang etika berkomunikasi di media sosial


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Moderator memperkenalkan diri selaku penolong pengurus di Pusat Internet Komuniti
• Moderator memulakan sesi perkongsian dengan menerangkan definisi medial sosial
• Moderator berkongsi maklumat berkaitan jenis-jenis seperti Facebook, Twitter, YouTube, Instagram dan sebagainya
• Moderator meneruskan huraian tentang kelebihan dan keburukan kesan daripada penggunaan media sosial
• Moderator membuka ruang untuk sebarang soalan yang ingin dikemukakan dari penonton
• Moderator menutup sesi perkongsian dengan membuat kesimpulan berkaitan kesan penggunaan media sosial


Kelebihan Aktiviti :
• Mengupas dengan lebih lanjut jenis-jenis media sosial yang menjadi kemestian dalam kehidupan masyarakat masa kini
• Memberi pengetahuan tentang kesan positif dan negatif penggunaan media sosial terhadap gaya hidup masyarakat
• Memberi pendedahan tentang kepentingan menggunakan media sosial dengan bijak
• Memberi kesedaran kepada masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dengan setiap maklumat dan berita yang diperolehi daripada media sosial


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :