SEMBANG SANTAI USAHAWAN SIRI 12

Aktiviti terkini | 14 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Internet Komuniti Klebang Besar

Ringkasan Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Klebang Besar telah menganjurkan sebuah program bertajuk ‘Sembang Santai Usahawan’. Program ini merupakan program bulanan di Pusat Internet Komuniti Klebang Besar. Salah satu inisiatif program ‘Sembang Santai Usahawan’ diadakan adalah untuk membantu para usahawan mempromosikan produk mahupun perkhidmatan yang ditawarkan. Melalui program ini, usahawan sebagai panel jemputan akan memperkenalkan produk jualan selain berkongsi secara terperinci berkaitan kelebihan produk yang ditawarkan. Secara tidak langsung, program ini sedikit sebanyak dapat membantu para usahawan meningkatkan hasil jualan produk mereka


Tujuan :
• Memperkenal produk usahawan jemputan
• Membantu usahawan jemputan mempromosi produk yang ditawarkan
• Menyuntik semangat masyarakat supaya berani menceburkan diri dalam perniagaan online


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Moderator memperkenalkan diri serta berkongsi maklumat tentang program Sembang Santai Usahawan Siri 12
• Moderator memperkenal latar belakang berkaitan usahawan jemputan
• Usahawan mempromosi produk yang ditawarkan
• Usahawan berkongsi tentang cara menjual produk secara online di media sosial
• Usahawan berkongsi tentang teknik penjualan produk bagi menarik minat pelanggan
• Perkongsian maklum balas positif dari pelanggan yang pernah menggunakan produk yang dijual


Kelebihan Aktiviti :
• Membantu mempromosi produk usahawan kepada masyarakat
• Perkongsian tentang cara menjual produk secara online di media sosial
• Perkongsian tentang teknik penjualan produk bagi menarik minta pelanggan
• Pendedahan kepada masyarakat tentang selok belok dunia perniagaan online
• Pendedahan kepada masyarakat tentang kelebihan menjana pendapatan melalui perniagaan online


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :