PENGURUSAN STRESS SEMASA PANDEMIK COVID-19

Aktiviti terkini | 12 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Internet Komuniti Klebang Besar

VIP Terlibat:
Puan Nur Shahira Binti Md Shukor (Pegawai Psikologi Kanan UiTM Kampus Jasin Melaka)


Ringkasan Aktiviti:
Pusat Internet Komuniti Klebang Besar telah menganjurkan sebuah program bual bicara bertajuk ‘Pengurusan Stress Semasa Pandemik Covid-19’. Panel jemputan bagi program ini merupakan seorang yang pakar dan sangat arif khususnya perkongsian berkaitan kesihatan mental. Program ini juga diadakan sebagai satu inisiatif untuk membantu masyarakat yang terkesan semasa berlakunya pandemik Covid-19. Di samping sejak kebelakangan ini kes kematian disebabkan bunuh diri di Malaysia amatlah membimbangkan.


Tujuan :
• Pengenalan tentang apa itu stress dan faktor yang menyebabkan berlakunya stress
• Memberi pengetahuan mengenai tips-tips terbaik dalam menangani stress
• Perkongsian tentang talian psikososial kepada individu yang ingin mendapatkan khidmat bantuan khususnya semasa pandemik Covid-19
• Program kerjasama antara Pusat Internet Komuniti Klebang Besar bersama Puan Nur Shahira Binti Md Shukor selaku Pegawai Psikologi Kanan dari UiTM Kanmpus Jasin Melaka


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Moderator memperkenalkan diri selaku pengurus di Pusat Internet Komuniti • Moderator berkongsi maklumat berkaitan latar belakang panel jemputan • Panel jemputan memulakan sesi perkongsian dengan menerangkan definisi berkaitan apa itu stress dan faktor-faktor yang menyebabkan ianya berlaku
• Panel jemputan meneruskan dengan huraian berkaitan golongan yang paling terkesan dan mudah mendapat stress semasa pandemik Covid-19
• Moderator membuka ruang untuk sebarang soalan yang ingin dikemukakan dari penonton
• Panel jemputan menjawab soalan yang diajukan dengan huraian yang terperinci
• Moderator menutup sesi perkongsian dengan membuat kesimpulan berkaitan kepentingan pengurusan stress semasa pandemik Covid-19


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan pengurusan stress semasa pandemik Covid-19
• Memberi pendedahan tentang keburukan yang bakal berlaku sekiranya stress tidak diurus dengan betul
• Mengupas dengan lebih lanjut teknik terbaik dalam menangani stress
• Memberi pengetahuan tentang senarai talian psikososial kepada individu yang ingin mendapatkan khidmat bantuan


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :