L10 LOKASI JOGGING MENARIK DI NEGERI MELAKA

Aktiviti terkini | 12 November 2021

Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar

Ringkasan Aktiviti:
Pada 12 November 2021 bersamaan hari Rabu, Pusat Internet Komuniti Klebang Besar telah menganjurkan sebuah program bual biacara bertajuk ‘10 Lokasi Jogging Menarik Di Negeri Melaka’ yang berdurasi selama 1 jam. Program ini adalah kerjasama bersama di antara Pusat Internet Komuniti Klebang Besar dan Pusat Internet Komuniti Terendak Permai. Salah satu inisiatif program ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat dan minat bersukan dalam kalangan masyarakat. Apatah lagi, penglibatan masyarakat dalam bidang sukan dapat melahirkan masyarakat yang sihat, cerdas serta berdaya saing sekaligus dapat membanteras gejala yang tidak sihat.


Tujuan :
• Perkongsian tentang beberapa kebaikan dan kepentingan melakukan aktiviti bersenam
• Penerangan tentang 10 lokasi jogging menarik di sekitar negeri Melaka
• Perkongsian tentang latar belakang pemandangan beberapa lokasi jogging menerusi paparan video
• Program kolaborasi antara Pusat Internet Komuniti Klebang Besar dan Pusat Internet Komuniti Terendak Permai


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Moderator memperkenalkan diri selaku pengurus cawangan di Pusat Internet Komuniti
• Moderator memulakan sesi perkongsian dengan berkongsi tentang beberapa kebaikan dan kepentingan aktiviti bersenam seperti berjogging
• Moderator berkongsi maklumat tentang 10 lokasi jogging menarik di sekitar negeri Melaka
• Moderator membuka paparan video dari YouTube untuk berkongsi gambaran sebenar pemandangan di beberapa lokasi jogging
• Moderator membaca kesemua komen dari para penonton dan membuka ruang untuk sebarang soalan mahupun pandangan yang ingin dikongsikan
• Moderator menutup sesi perkongsian dengan membuat kesimpulan berkaitan faedah yang diperolehi daripada aktiviti bersukan terutamanya kepada diri dan masyarakat secara tidak langsung


Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang kebaikan dan kepentingan melakukan aktiviti bersenam seperti berjogging
• Mengupas dengan lebih lanjut berkaitan 10 lokasi jogging yang menarik dan strategik di sekitar negeri Melaka
• Memberi gambaran sebenar tentang latar belakang pemandangan beberapa lokasi jogging menerusi paparan video
• Menyuntik semangat dan minat bersukan dalam kalangan masyarakat dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :