LAWATAN RASMI SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA KE PUSAT INTERNET KOMUNITI KLEBANG BESAR

Aktiviti terkini | 7 November 2021

Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar

Nama VIP:
• Dato Mohd Ali Hanafiah Bin Mohd Yunus, Ketua Pegawai Korporat SKMM
• Tuan Haji Roslan Bin Mohamad, Ketua Bahagian Transformasi dan Koordinasi SKMM
• Delegasi dari pejabat MCMC Negeri Melaka
• Digi Telecommunications Sdn Bhd


Ringkasan Aktiviti:
Pada 7 November 2021 bersamaan hari Ahad, Pusat Internet Komuniti Klebang Besar telah menerima kunjungan dan lawatan dari Ketua Pegawai Korporat SKMM Dato Mohd Ali Hanafiah Bin Mohd Yunus, Ketua Bahagian Transformasi dan Koordinasi SKMM Tuan Haji Roslan Bin Mohamad, seterusnya delegasi dari pejabat MCMC Negeri Melaka dan Digi Telecommunications Sdn Bhd. Lawatan ini secara langsung dapat memperkenal para usahawan dari Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar yang menjalankan perniagaan secara atas talian. Tambahan pula, melalui Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) i para usahawan dapat mengambil bahagian dalam latihan yang dilaksanakan di samping dapat menggunakan kemudahan internet untuk mengakses media sosial bagi tujuan pengiklanan produk. Selain daripada itu, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Seri Kemendor dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Terendak Permai turut mengambil bahagian dalam menjayakan program ini.


Tujuan :
• Lawatan Rasmi rombongan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bersama Digi Telecommunications Sdn Bhd ke Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar
• Pengenalan tentang profil Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar dan fasiliti yang ditawarkan kepada penduduk setempat
• Pameran produk usahawan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar
• Perkongsian tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Besar


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Ketibaan para tetamu ke Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar pada pukul 10.30 pagi
• Ucapan alu-aluan dan selamat datang daripada pengurus cawangan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar
• Sesi perkongsian produk oleh para usahawan yang hadir
• Sesi pembentangan berkaitan profil dan latar belakang Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar oleh pengurus cawangan
• Sedikit jamuan ringan bersama para tetamu yang hadir
• Aktiviti diteruskan lagi dengan sesi tandatangan oleh Dato Mohd Ali Hanafiah Bin Mohd Yunus dan Tuan Haji Roslan bin Mohamad
• Sesi pemberian cenderahati kepada tetamu jemputan sebagai penghargaan dan kenang-kenangan
• Aktiviti berakhir dengan sesi fotografi bersama para tetamu dan para usahawan yang hadir


Kelebihan Aktiviti :
• Pendedahan tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar
• Dapat melihat sendiri produk yang dihasilkan oleh para usahawan
• Perkongsian pandangan dan idea dalam membantu usahawan menambah pendapatan dan memperluas pasaran produk
• Menjalinkan kerjasama dan merapatkan hubungan di antara Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) , SKMM dan Digi Telecommunication Sdn Bhd


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :