PAKEJ PERANTI KELUARGA MALAYSIA DAN PAKEJ REMAJA KELUARGA MALAYSIA BERSAMA DIGI

Aktiviti terkini | 3 Disember 2021

Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar

Ringkasan Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Klebang Besar telah menganjurkan sebuah program siaran langsung bertajuk ‘Pakej Peranti Keluarga Malaysia dan Pakej Remaja Keluarga Malaysia bersama Digi’ yang berdurasi selama 45 minit. Salah satu inisiatif program ini diadakan bertujuan untuk membuat hebahan kepada orang ramai supaya tidak terlepas peluang untuk menikmati tawaran berbaloi dari Pakej Peranti Keluarga Malaysia dan Pakej Remaja Keluarga Malaysia bersama Digi. Tambahan pula, program ini diharapkan dapat memberi maklumat tentang langkah-langkah untuk menebus pakej yang ditawarkan khususnya kepada golongan yang berkelayakan. Malahan, program ini juga dapat memberi maklumat mengenai tarikh tutup permohonan iaitu pada 15 April 2022.


Tujuan :
• Membuat hebahan tentang Pakej Peranti Keluarga Malaysia dan Pakej Remaja Keluarga Malaysia
• Menerangkan tentang syarat-syarat kelayakan sebelum memohon
• Menerangkan tentang langkah mudah untuk menebus pakej melalui Digi Postpaid atau Digi Prepaid
• Berkongsi maklumat tentang telefon pintar percuma yang ditawarkan melalui Pakej Peranti Keluarga Malaysia bersama Digi


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Moderator memperkenalkan diri selaku pengurus di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Klebang Besar
• Moderator memulakan sesi perkongsian dengan menerangkan tentang definisi Pakej Keluarga Malaysia yang merupakan satu inisiatif Digi bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)
• Moderator meneruskan penerangan tentang langkah mudah yang perlu dilakukan untuk menebus salah satu daripada pakej yang ditawarkan
• Moderator berkongsi maklumat berkaitan 2 jenis telefon pintar yang ditawarkan Digi melalui Pakej Peranti Keluarga Malaysia iaitu, Samsung Galaxy A02 dan Redmi 9A
• Moderator membuka ruang untuk sebarang soalan yang ingin dikemukakan dan membaca komen dari para penonton
• Moderator menutup sesi perkongsian dengan menggalakkan orang ramai supaya segera membuat semakan kelayakan untuk menebus pakej yang ditawarkan sebelum tarikh tutup iaitu pada 15 April 2022


Kelebihan Aktiviti :
• Menggalakkan orang ramai supaya tidak melepaskan peluang untuk tebus Pakej Peranti Keluarga Malaysia atau Pakej Remaja Keluarga Malaysia
• Memberi pendedahan tentang syarat-syarat kelayakan sebelum melakukan permohonan
• Memberi penerangan tentang langkah mudah yang perlu dilakukan untuk menebus tawaran yang disediakan
• Memberi maklumat kepada orang ramai tentang dua jenis telefon pintar percuma yang ditawarkan iaitu Samsung Galaxy A02 dan Redmi 9A


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :